Inflasi tetap akan berlaku dalam sesebuah negara atas faktor-faktor yang lain seperti globalisasi; walaupun Malaysia tidak mengamalkan GST.
Bercakap tentang pengurusan komoditi dan hasil bumi pula, kerajaan terlalu bergantung pada hasil Petronas untuk perbelanjaan pengurusan dan pembangunan.
"Lebih kurang 44.6 peratus atau RM67.8 bilion dari KDNK adalah hasil minyak dan belanjawan Malaysia terus defisit 13 tahun berturut-turut kerana sikap terlalu bergantung,"
Kerajaan seharusnya menguruskan hasil bahan mentah dan minyak negara secara inovasi, termasuk memperkasa sektor penyelidikan dan perkhidmatan. "Walaupun Brazil ada minyak, R&D (sektor penyelidikan dan pembangunan) kerajaan mereka berjaya menghasilkan 'gasahol' di mana hampasan tebu diperbaharui menjadi tenaga baru (bagi) menggantikan minyak untuk tampung 40 peratus penggunaan minyak oleh 140 juta rakyatnya,"
Sekiranya kerajaan bersikap inovatif, maka hasil kekayaan minyak akan disimpan dan dijana dalam rupa pelaburan hayat yang strategik untuk menampung kos pengurusan pendidikan, hospitaliti, sukan dan generasi, sebagaimana yang dilakukan oleh Norway.
Pengurusan ekonomi yang pincang oleh kerajaan termasuk tidak berupaya menghayati model ekonomi inovasi dengan mencipta kekayaan berasaskan sosio-politik negara.
"Sebagai sebuah negara yang aman, sekiranya Malaysia menyediakan hab simpanan minyak, ekonomi negara boleh dijana secara inovasi kerana negara-negara (pengeluar minyak) yang berkonflik tentu akan simpan minyak mereka di sini,"
Kerajaan juga seharusnya belajar dari Singapura dalam memperkasa bidang perkhidmatan sebagai sumber pendapatan negara.
"Tak payah ikut Singapura dalam melaksanakan GST saja, tapi kerajaan kena ambil contoh syarikat guaman di sana yang menjadikan rakyat di negara-negara Asia sebagai pelanggan mereka,"
Disebabkan konsep globalisasi perkhidmatan itu, mendorong kerajaan dan rakyatnya membuka firman-firma guamannya di seluruh Asia.
Konsep sedemikian diaplikasi kerana Singapura tidak ada hasil kekayaan bumi.
"Dia (Singapura) tak ada minyak, mineral, getah, sawit; maka dia kena perkasakan sektor perkhidmatan sebagai sumber pendapatan utama negara dia,"
Ekonomi inovasi turut menjadikan syarikat perindustrian makanan seperti Nestle berjaya mengaut keuntungan kasar USD75 bilion pada tahun 2007; walaupun syarikat dari Switzeland itu tidak mempunyai ladang teh, gandum dan kopi.
Ekoran itu, saya sekali lagi ingin mempersoal kemampuan kerajaan dalam mencipta kekayaan secara inovasi hasil bumi.
"Kita ada ladang teh, ladang buah-buahan, ladang bijirin, tetapi apa sudah jadi dengan projek kerajaan seperti Fama, Felda, Keda (dan) Mada,"
Bercakap soal pendapatan dari sektor pelaburan, saya membahagikan sektor itu pada dua iaitu modal insan dan materialistik.
Kerajaan perlu memperbanyak peluang pendidikan dan memperkasa kemahiran rakyat kerana dengan berbuat demikian akan mengangkat kualiti dan kebersaingan guna tenaga dalam sektor awam dan swasta.
"Kita jangan anggap apabila buruh kita dimahirkan atau ditingkatkan pendidikan mereka sekali pun, tak berguna sebab gaji kecil di Malaysia."
"Kalau buruh kita ini berintegriti, kreatif, berkualiti; adakah SPRM yang akan meminang kita; atau kita lebih berpeluang bekerja dengan tawaran gaji yang lumayan dari pelanggan-pelanggan Eropah, Singapura, Taiwan, Jepun...tak kira lah sama ada kita pergi bekerja di sana atau menawarkan satu-satu perkhidmatan secara maya dari Malaysia,"
Memulangkan pada rakyat sama ada untuk bersetuju dengan GST atau sebaliknya, beliau menyuarakan rasa yakin bahawa PAS dan Pakatan Rakyat lebih layak menggantikan Umno/BN dalam menguruskan ekonomi negara.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
assalamualaikum
Sebuah keluarga yang mempunyai mahligai indah ditepi tasik mengalami masalah kerosakan dapur,pemotongan api dan elektrik,kekurangan bekalan makanan harian dan anak-anak demam minta perhatian.Semuanya ini dihadapkan kepada ketua keluarga seperti ayah dan emak untuk mengatasinya dan menyelesaikan dengan beberapa segera demi keharmonian dan kebahagian.Sudah pasti perolehan pendapatan dan kestabilan tabungan keluarga adalah kunci utama penyelesaian keatas semua perkara ini.Pemangkinnya ialah pengurusan dan pentadbiran keatas kedua sumber utama(pendapatan dan tabunagn) tadi mengikut priority perbelanjaan yang bakal dikeluarkan.Fokus utama ialah semua masalah tadi perlu diatasi.Ini contoh mudah untuk sebuah negara seperti Malaysia .Misalnya kenaikan harga barang akibat kesan inflasi,kewujudan monopoli dan spekulasi,naik turun nilai wang,lambakan barang luar dalam negara dan imbangan bayaran semuanya mesti dihadapi oleh pemimpin negara dengan dibantu tenaga pakar perekonomian dan instrument-instrument kerajaan dengan perancangn yang rapi dan berkesan. Malah bertepatan dengan jumlah peruntukan yang disediakan sebagaimana belajawan yang dibentang dalam parlimen oleh kerajaan.Sebarang pembaziran,kemewahan(kos yang tinggi-sama ada melibat kos berubah atau tetap) berlakunya rasuah,penyalahan gunaan dan misleading keatas rancangan yang disediakan akan menghakis tabungan dan pendapatan walaupun negara itu mempunyai pelbagai komuditi hasil bumi atau rezab negara(kewangan).
Post a Comment