Sebelum ini, Dato’ Seri Dr Jamaludin Jarjis(JJ) dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat. Barisan Nasional hilang seorang Ahli Parlimen dan pengundi Rompin ketiadaan wakil rakyat yang dapat berkhidmat sepenuh masa di kawasan itu.
Sekarang, seorang bekas menteri dan masih menjadi Ahli Parlimen dikatakan sedang melobi untuk menjadi Duta ke sebuah negara Eropah. Nama bekas menteri wanita itu disebut-sebut sebagai calon Duta ke negara berkenaan.
Dalam keadaan di mana Bajet 2010 diluluskan dengan majoriti tiga undi (paling rendah dalam sejarah negara), adakah wajar kerajaan membuat keputusan melantik seorang lagi Ahli Parlimen sebagai Duta?
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment