Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, February 18, 2010

KUTUKAN DEWATA KALAU KODOK, DOSA KALAU INSAN ?

Teman sahkan mereka ini bukan kodok atau katak tapi manusia atau insan.Kalau kodok orang nak sentuhpun geli macam Ibrahim ali yang selalu dikaitkan dengan katak.
Kalau nak kutukpun ,kita kena beri nasihat dan peluang dan ruang agar mereka ini sedar siapa dan kenapa diri mereka begitu.
Yang seronoknya hari ini diakhbar Sinar, Adun Behrang dan Adun Cangkat Jering bersuara dan menepis tuduhan bekas mufti itu.
Isu ini bermula bila 3 orang ahli PKR Perak iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil Bebas Februari tahun lalu.
Dan disusuli Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meletak jawatannya pada 12 Januari lalu dan menjadi wakil rakyat Bebas.

SHAH ALAM - Hukuman terhadap tindakan lompat parti oleh sebilangan ahli politik adalah berdosa dalam agama Islam kerana mengkhianati kepercayaan dan tidak menghormati keputusan rakyat.
Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, individu terbabit harus bertanggungjawab terhadap pemilihan rakyat berdasarkan parti politik yang diwakilinya.
“Individu terbabit perlu meletak jawatan sekiranya ingin lompat parti dan pilihan raya kecil baru perlu diadakan untuk melantik pemimpim lebih baik.
“Rakyat pilih mereka kerana percaya parti politik yang diwakilinya dapat memberi perubahan terhadap kawasan mereka,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian: semalam.
Mohd Asri berkata, pemimpin yang lompat parti tidak layak terus memimpin kawasan berkenaan dan harus memberi peluang kepada individu yang berkredibilti terhadap tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat.
“Walau bagaimanapun, sekiranya pemimpin tersebut dipilih bersandarkan ketokohannya,ia tidak memberi kesan kerana rakyat mempercayai kepimpinan individu terbabit selain parti politik yang diwakilinya.:
“Perkara ini juga perlu dijelaskan agar kesamaran tidak timbul untuk mengelak salah faham dalam kalangan rakyat,” katanya.:
Lewat kebelakangan ini, terdapat khabar angin bahawa 10 ahli politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan lompat parti bagi menyertai Barisan Nasional dan Parti Cinta Malaysia (PCM) .

No comments: