Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Saturday, February 27, 2010
KENA INGAT ! MALAYSIA TIMUR ANAK EMAS BN, JANGAN MARAH AAA
Amatlah malang bagi Wanita ‘1Malaysia’ yang dijulang sebagai ‘Wanita Nombor Satu Negara’ kerana tidak dikenali oleh sebuah syarikat penghantaran cepat, Securexpress yang beribu pejabat di Selangor, Darul Ehsan.
Sehubungan itu, Naib Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA),, Datuk Patrick Sindu mendesak kerajaan mengkaji semula kelayakan dan mengetatkan syarat pemberian lesen kepada sesebuah syarikat penghantaran cepat (kurier) agar tidak memalukan Malaysia di mata dunia maya ini.
Patrick membuat desakan sedemikian setelah menerima aduan daripada seorang pengguna di Lahad Datu bahawa Securexpress telah mengembalikan surat yang diamanahkan untuk dihantar kepada Datuk Seri Panglima Rosmah Mansor pada 24 Februari 2010 melalui ‘consignment’ bernombor 600212405483.
“Menurut aduan, surat tersebut telah diserahkan kepada Securexpress Lahad Datu pada 4 Februari 2010 dan gagal diserahkan selepas 20 hari. Memang amat mengejutkan kerana mereka tidak mengenali siapa Datuk Seri Rosmah Mansor sekalipun alamat yang disertakan amat lengkap,” ujar Patrick yang kesal kerana syarikat berkenaan tidak kompetan untuk menjulang imej 1Malaysia.
Bukan surat itu sahaja yang gagal disampaikan, kata Patrick malah surat kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan bernombor 600212405472 juga dikembalikan ke Lahad Datu kerana tidak berjaya dihantar kakitangan Securexpress yang bertugas di ibu pejabat selepas 20 hari dikirim.
“Dulu kita terima aduan pos laju yang lambat sehingga kerajaan benarkan penubuhan syarikat kurier. Tapi Securexpress keterlaluan kerana gagal menemui Kediaman Perdana Menteri yang tersergam indah dan Pejabat KSN di Putrajaya,” kata Patrick yang menyifatkan kes ini amat menakjubkan.
Sehubungan itu, Patrick mendesak agar Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia menjalankan siasatan rapi dan membatalkan lesen yang diluluskan lesen kepada Securexpress di bawah Akta Perkhidmatan Pos 1991 sebagai pengajaran kepada syarikat kurier yang cuba ‘menghina’ isteri Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara.
Sementara itu, Securexpress di Lahad Datu ketika dihubungi mengesahkan surat berkenaan ada di Lahad Datu kerana gagal disampaikan oleh kakitangan mereka di Kuala Lumpur setelah 20 hari mencari lokasi alamat berkenaan di Putrajaya!
- MUTALIB MD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment