Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, February 12, 2010

KALAU ADA KEMALUAN , WAKIL RAKYAT KENA TANYA PENGUNDI SEBELUM KELUAR PAKATAN !

Zahrain keluar PKR ? Dah sah oleh Malaysiakini hari ini.Teman memang persoalkan setiap wakil rakyat samada ADUN atau Ahli Parlimen wajar tanya pengundi anda yang susah payah mengundi anda kerana anda adalah dalam parti tersebut bukan atas wakil bebas.Kebanyakan kenyataan wakil rakyat yang keluar parti kata mereka keluar adalah keputusan sendiri.Eh Eh sedapnya kata begitu.Cuba ingat masa dicalun dan dikempen dulu adakah anda buat kerja sendiri ,dicadang dan di sokong diri sendiri?
Mentang-mentang kamu ada pangkat ada harta bolehlah buat keputusan sendiri.

Ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohd Hashim mengumumkan keluar dari PKR berkuatkuasa serta merta dan menjadi wakil rakyat bebas.

Beliau mengumumkan demikian dalam satu sidang akhbar di ibunegara pagi ini.

Menurutnya, beliau akan menjadi ahli parlimen yang berprinsip dan tidak mesra BN.

Berikutan itu, beliau mengumumkan meletakkan semua jawatannya dalam PKR berkuatkuasa serta merta.

Zahrain berkata, beliau bertindak demikian kerana hilang sudah kepercyaan kepada kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

Beliau berkata, keputusannya itu juga kerana sudah hilang keyakinan kepada prinsip keadilan yang diperjuangkan oleh PKR.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak akan menyertai mana-mana parti dan akan menjadi wakil rakyat bebas sepenuhnya.

Menjawab soalan, dia juga menafikan akan menjadi mesra BN.

Zahrain juga berkata, ia juga merupakan satu keputusan peribadi dan tidak melibatkan rundingan dengan parti-parti lain.

Ditanya sama ada dia akan mencadangkan wakil rakyat PKR yang lain untuk menurut jejak langkahnya, Zahrain menegaskan ini adalah tindakan peribadinya dan dia tidak terlibat untuk memujuk orang lain.

Ditanya sama ada tindakan ini disebabkan oleh pembelian MP Pakatan seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Anwar Ibarahim, beliau berkata "saya tidak ada beli apa" dan dan bertanya kembali "16 September itu apa?"

"Saya pun kecewa dengan 16 September, tidak timbul isu beli membeli...," katanya.

Turut bersamanya dalam sidang akhbar pagi ini ialah bekas setiausaha agung PKR, Datuk salehudin Hashim.
-malaysiakini-

1 comment:

Masshah said...

Alhamdulillah keluar gak dia ni..!Tahniah..Tak teringin masuk BeND?
Bebas...Bebas...