Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, February 5, 2010

JENAZAH KETUA PENOLONG PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH DIBAWA KE SEREMBAN DARI KUALA KUBU

Dari Allah kita datang kepada Allah kita akan menyahut panggilan Illahi.
KUALA LUMPUR 5 Feb. - Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Hazam Abdul Halim maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 419.7 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat susur keluar Bukit Tagar, dekat sini awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, kereta Proton Perdana warna hitam yang dinaiki beliau merempuh belakang sebuah treler yang sarat dengan muatan tiang lampu.
Pemandu lori berkenaan dipercayai memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan untuk berehat.
Akibat rempuhan itu, Mohd Hazam, 50 yang duduk di hadapan sebelah pemandu, meninggal dunia di tempat kejadian.
Kereta tersebut dipandu oleh pemandunya, Lans Koperal, Asminto Salimin, 27 yang turut cedera parah dalam kemalangan itu.
Kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke ibu negara setelah selesai bermesyuarat di Ipoh, Perak.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat manakala Asminto dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.
Difahamkan, jenazah Mohd Hazam akan dihantar pulang ke kediamannya di No.1 Jalan TTJS, 3/1C, Taman Tuanku Jaafar, Seremban. - Utusan

1 comment:

Anonymous said...

Dari liputan dan gambar kereta Proton Perdana yang dilihat dalam liputan media dan berdasarkan pengalaman.

Saya rasa kereta Proton Perdana tersebut dipandu laju.

Apa pandangan anda???