Mereka mahu bermain politik dengan bertaruh pada nasib rakyat misikin. Demi agenda politik mereka sanggup memperjudian masyarakat yang susah. Nampak gaya isu Yayasan Basmi Kemiskinan YBK tidak mungkin reda dalam waktu terdekat.
Setelah Umno Selangor khasnya dengan berani mencabar kerajaan negeri Pakatan Rakyat atas isu ini, kini giliran kerajaan negeri untuk beri penjelasan. Kita kerajaan yang bertanggungjawab atas amanah yang diberi rakyat. YBK mahu kita uruskan agar ia telus dan menepati cita-cita sebenar penubuhannya.
YBK bukan ditubuh untuk kepentingan politik sesiapa. Tidak juga untuk melindungi kepentingan mana-mana pihak. Apalagi untuk menabur kekayaan pada individu dan kelompok tertentu. Berpuaka dan menanggung dosalah sesiapa yang menunggang kemiskinan rakyat untuk memenuhi tembolok mereka.
Rabu lepas (sila rujuk akhbar The Star 25 Feb, 2010 m/s 29) sejurus mempengerusikan mesyuarat EXCO Negeri Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor mendedahkan bahawa anak syarikat YBK iaitu Permodalan Yayasan Basmi Kemiskinan telah melantik dua pemaju iaitu Shah Alam Properties Berhad dan Syarikat Tenaga Ehsan Sdn. Bhd. untuk memajukan sebidang tanah yang dianugerahkan oleh kerajaan negeri ketika itu pada tahun 1995 (ketika itu boss Zainal Sakom iaitu Tan Sri Muhammad Taib adalah MB Selangor).
Menurut beliau lagi mengikut maklumat Permodalan YBK rupanya bukan milik penuh YBK. Rupa-rupanya YBK cuma memiliki 12,500 saham di dalam Permodalan YBK. Saham selebihnya dipegang oleh Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd. (6,200 saham) dan Fajar Synergy Sdn Bhd. (6,250 saham).
Jadi siapakah pemilik Prihatin Ehsan dan Fajar Synergy ini? Soalan ini kita perlu tanya pada ahli-ahli Umno terutama yang bersama berarak, marah-marah ke Bangunan SUK baru-baru ini kononnya menuntut keadilan buat YBK, kononnya kerajaan Pakatan Rakyat mahu merampas hak orang miskin!
Rupanya Pengerusi YBK Zainal Sakomjuga merupakan pengarah Permodalan YBK dan Prihatin Ehsan yang telah mengadai tanah berkenaan untuk RM100 juta!
Tak cukup dengan itu, pejuang rakyat miskin, iaitu Zainal Sakom juga merupakan pemilik saham terbesar dalam syarikat Tenaga Ehsan iaitu syarikat pemaju yang dilantik untuk memajukan tanah berkenaan.
Demikianlah kehebatan Zainal Sakom bukan sahaja beliau terlibat dalam YBK malah segala syarikat yang berkaitan YBK termasuklah yang memunggah keuntungan dari tanah-tanah miliki YBK yang dianugerahkan oleh kerajaan negeri, turut dimiliki oleh beliau! Dan kawan-kawan kita berpenat lelah, berpeluh badan dan ketiak berarak ditengah panas tengahari Jumaat, tanpa mengerti hujung pangkal, menuduh kerajaan Pakatan Rakyat khianat?!
Semalam Tan Sri Khalid dalam Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat Selangor berjanji akan mendedahkan lagi cerita sebenar disebalik YBK. Biar rakyat Selangor kenal semasak-masaknya mana yang kaca mana yang permata! - sumber Roslan SMS
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Gasak jangan tak gasak si Zainal Sakom ni. DAh lama buat kerja menipu rakyat. Gasak dan dedahkan.
zainal sakom dah millionair,jadik adun 2penggal je...dulu ustaz kafa,naik volvo second je...jadik pengerusi YBK Kiri kanan sapu...jambor sakti hanya platform aje bagi menghalalkan cara..saya setuju sangat kerajaan PR gasak abis2 ustaz amno ni..korek sampai kelubang kubur...oopp lubang cacing...janji nak jutawankan peneroka gedangsa camna?sian peneroka felda kena tipu idup2 ngan ustaz ni..ramai yang dah meningal kempunan nak jadik jutawan
Post a Comment