Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, February 4, 2010

HARI WILAYAH LESU


HARI WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN INI LESU ?

Wilayahkini dengar macam - macam mengenai sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2010 yang dilancarkan di Dataran Merdeka minggu lepas. Ini merupakan sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang pertama untuk Senator Datuk Raja Nintg Chik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Festival Hari Wilayah Persekutuan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di mana turut di hadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mantan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique.
Wilayahkini terima sms yang mengatakan padang Dataran Merdeka kosong semasa Perdana Menteri melancarkan festival Hari Wilayah Persekutuan. Betul ker ? Di fahamkan tak ramai juga wakil - wakil daripada parti - parti komponen BN dan persatuan penduduk yang hadir. Kenapa jadi macam ni ? Ada jugak yang kata, sambutan kali ini nampak lesu.Nasib baik ada persembahan bunga api, kalau tak lagilah boring.Publisiti pun tarak.
Satu lagi hal pulak "orang - orang penting UMNO" di Wilayah Persekutuan dikatakan merungut kerana tak di jemput ke Istana Negara untuk majlis pengurniaan dan darjah kebesaran sempena Hari Wilayah Persekutuan kali ini.
YAHYA GHANI DAN MUSTAPHA KAMAL JADI TUMPUAN !
Apapun sambutan kali ini amat bermakna kepada dua Ketua Bahagian UMNO di Wilayah Persekutuan yang kini di lihatsemakin "menonjol" dan meningkat naik walaupun dalam tempoh masa terdekat menjadi Ketua Bahagian. Siapa lagi? mestilah -Ketua UMNO Batu Datuk Yahya Ghani ( Abas Batu ) dan Ketua UMNO Seputeh Datuk Mustapha Kamal. Kedua mereka juga merupakan Ahli Lembaga Penasihat DBKL yang baru di lantik pada tahun lalu. Kedua - dua mereka dikurniakan pingat " Panglima Mahkota Wilayah" (PMW) yang membawa gelaran DATO.

No comments: