Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, February 4, 2010

ELOK SIASAT NASIR SAFAR LWN 12 LAPORAN POLIS

Fail siasatan isu Datuk Nasir Safar telah dibuka – Hishammuddin

Bekas pegawai khas kepada Perdana Menteri Datuk Nasir Safar akan disiasat berhubung kenyataan didakwa bersifat perkauman yang dibuat di Melaka.
Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammuddin Tun Hussein menegaskan bahawa fail siasatan terhadap beliau telah dibuka bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Akta Hasutan 1948.
"Seperti juga laporan polis lain yang dibuat sebelum ini, polis akan menyiasat kes ini dengan telus. Kami perlu mengesahkan setiap kenyataan yang dibuat oleh beliau," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di Putrajaya Rabu.
Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai 12 laporan polis yang dibuat ke atas Nasir berhubung kenyataannya sewaktu seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka.
Ekoran kenyataan itu, beberapa anggota perwakilan MIC dan MCA yang turut mengikuti seminar itu bertindak keluar dewan sebagai tanda protes.
Bernama melaporkan Hishammuddin berkata tindakan yang diambil ke atas Nasir membuktikan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri amat telus dan serius dalam mentadbir negara.
"Nasir telah mengenali Perdana Menteri lebih daripada 30 tahun. Jadi ia bukan sesuatu yang peribadi. Ia adalah agenda yang mengatasi soal hubungan peribadi, termasuk pertalian darah kerana kita melihatnya daripada konteks negara.
"Ini juga bukan perkauman. Beliau (Nasir) mungkin telah terlanjur kata, tetapi kesannya sangat buruk jika dimainkan oleh pihak tertentu dan dilihat daripada perspektif lain, selain daripada objektif Perdana Menteri," katanya.-3/2/2010

2 comments:

zul_neem said...

assalamualaikum

Macam mana boleh bekas pegawai khas itu tidak memahami dan menghayati motto 1 malaysia dan terkini Juara rakyat yang dimimpikan oleh bossnya(PM)sehingga tergamak mengeluarkan kata-kata nista menyakiti partner(parti-parti kaum lain dalam BN)dan menyentuh intergriti pelbagai kaum dinegara kita.Apakah ini disengajakan atau tak disengajakan demi kepentingan atau agenda tertentu.Hanya beliau sajalah yang boleh menjawab soalan ini.Oleh itu adalah baik dan tepat sekali pihak polis menyediakan saolan-saolan kepadanya untuk mengungkap misteri yang membuatnya dipecat oleh bossnya.Didalam suasana usaha-usaha untuk merapatkan dan bersefahaman baik antara kaum didalam negara kita ini, samaada yang dilakukan oleh Pakatan rakyat maupun Barisan nasional sepatutnya perkara ini tidak berlaku lagi malahan sentimen-sentimen perkauman itu dicampakkan dan disimpan dimuzeum Negara untuk dijadikan kajian dan tauladan bagi generasi yang akan datang.Apa yang terserlah ialah kegagalan Barisan Nasional menerapkan idealisme kepada barisan pimpinan,ahli,sekutu,penyokong,kroni dan orang yang cari makan dengannya.

zul_neem said...

Assalamualaikum

tertinggal selepas idealisme itu ialah ayat intergrasi nasional.minta maaf banyak-banyak ye