Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Wednesday, February 24, 2010
DAH UNTUNG MENYUSAHKAN RAKYAT ! MEMANG SAH BN - BARANG NAIK LWN HARGA NAIK
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Chin Fah Kui mengesahkan, kementeriannya telah menghantar kertas cadangan kepada Unit Perancangan Ekonomi tentang semakan tarif elektrik. Seandainya kabinet bersetuju, rakyat AKAN MENIKMATI KENAIKAN tarif elektrik.
"Sudah pasti akan ada sedikit peningkatan, tidak mungkin penurunan," katanya kepada para wartawan dalam majlis Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Tenaga Nasional Berhad.
Dalam keadaan kadar upah dan gaji di kalangan rakyat Tanah Melayu tidak pernah mengalami kenaikan mendadak bagi menyeimbangkan tekanan kos sara hidup, kerajaan pula tertakluk dengan perjanjian konsesi dengan syarikat-syarikat konglomerat untuk MENCEKIK RAKYAT.
Kadar upah dan gaji yang statik terutama di kalangan para pekerja swasta, pastinya akan menambahburukkan ekonomi domestik dan pengaliran tunai dalam negara. Maka, tidak hairanlah apabila ramai rakyat Tanah Melayu yang terbelenggu dengan hutang serta kredit yang 'not working'.
Timbul pertanyaan, apakah kadar kenaikan keperluan asas yang termakhtub di dalam Perlembagaan Malaysia sebagai TANGGUNGJAWAB KERAJAAN itu selain pendidikan, perubatan, jalan raya dan air, kerajaan masih kekal dengan EGO mereka sebagai kerajaan dan pembuat keputusan mahupun dasar tanpa menimbangkan masalah jangka panjang yang ditanggung oleh sebilangan besar rakyat?
Apakah ada kerjasama antara pembangkang dan pemerintah di Parlimen dalam soal MENYUAP syarikat-syarikat besar dan kerenah politik yang berpanjangan dan TIDAK BERBALOI langsung kepada rakyat? Apakah cukup sekadar ceramah, slogan dan membantai pihak lawan yang dianggap tidak bijak tetapi apabila kuasa beralih ke tangan sendiri, mereka juga TURUT SAMA MENCEKIK darah rakyat marhein seperti yang berlaku di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah?
Bagaimana pula dengan perbelanjaan rakyat dalam soal perubatan dan pendidikan yang bagaikan tidak berkesudahan sekalipun kerajaan mengumumkan pelbagai jenis bantuan, tabung, insentif dan sebagainya yang kelihatan INDAH KHABAR DARI RUPA?
Tidak mustahil suatu hari nanti, ramai rakyat Malaysia yang akan mati tergolek di tepi jalan kerana tidak mampu mendapat rawatan perubatan di hospital-hospital terutama bagi pesakit kronik seperti pesakit jantung, darah tinggi, kencing manis mahupun kanser dan pesakit buah pinggang?
Untuk rekod, kadar berjumpa dengan pakar di IJN bagi kakitangan swasta adalah tidak kurang dari RM200 tanpa sebarang ubat atau rawatan. Manakala pesakit bukan kakitangan awam pula perlu menyediakan yuran sekurang-kurangnya RM20,000 untuk pembedahan jantung, biarpun pusat rawatan jantung tersebut turut menyediakan kemudahan PEMBERI SEDEKAH dalam bentuk Baitulmal, potongan KWSP dan sebagainya. Pada masa yang sama, kerajaan turut mengumumkan PULUHAN JUTA RINGGIT saban tahun untuk tabung pesakit kronik di Institut Jantung Negara...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Santan ditapis di Padang Daik
Pengat keladi di dalam mangkuk
Jangan ditangis harga barang naik
Sudah menjadi trade mark BN Umngok
Malau diambil dihutan belantara
Balak di tebang di Tasik Simen
Kalau nak stabil ekonomi negara
Tolak ke longkang kerajaan Bee End
assalamualaikum
Tak silap saya jika silap tolong betulkan,pada tahun 90an Pas ada membuat bantahan kepada kerajaan Tanah Melayu(Malaysia) keatas tindakan pengswastaan syarikat-syarikat dibawah naungan kerajaan umpamanya LLN(Lembaga Letrik Negara)Jabatan Talikom malaysia(JBT),Jabatan Bekalan air dan Pos malaysia.Kerana pengswastaan ini boleh menimbulkan kesan dibelakang hari keatas pengguna yang terbesar iaitu rakyat dan motif keuntungan lebih diutamakan daripada kos sosial yang perlu ditanggong oleh kerajaan.Tetapi bantahan ini diketepikan oleh kerajaan Tanah Melayu(UMNO)malah tidak mendapat sokongan padu dari rakyat atas sifat peduli apa pada Pas dengan idea merepeknya.Maka hasilnya dapatlah oleh rakyat yang dikeluh kesahkan oleh penulis ini.Inilah balasan daripada kerajaan Tanah Melayu untuk pengundi dan rakyat amnya.Jangan membuat cerita karut dan anggapan atau andaian tanpa kajian dan penyelidikan serta mendapat bukti-bukti bersifat matrik atau data untuk menunjukkan prestasi buruk keatas kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah keatas negeri yang disebut oleh penulis tadi.Apa yang lebih penting ialah hendaklah ada azam dan diiringi semangat yang kental lagi kukuh untuk membawa perubahan keatas kerajaan yang bakal memerintah dan mewujudkan kerajan diNegara Tanah Melayu (Malaysia) ini diPRU 13 nanti.Sama-samalah kita fikirkan.
Post a Comment