Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, February 5, 2010

DAH DEDAH BARU NAK SERAH

Memang, Zahid Hamidi dikatakan oleh penyokong bukan KJ bahawa pembawaannya lain macam sikit, pelik jugak sebab lepas dah bagi pendedahan baru nak jumpa dan serahkan maklumat penting itu kepada PM.
Sepatutnya sebelum masuk berita atau media benda rahsia pertahanan negara jumpalah boss besar dulu. Mungkin zahid ni jenis lurus bendul kerana ingin mendokong bulat2 rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
Walaubagaimanapun gunakan otak yang dah diberi oleh Allah degan sebaiknya .
BENARKAH ! MENURUT BLOG PENYOKONG BN ANTI KJ bahawa ZAHID HAMIDI DENGAN SENGAJA CUBA MEMALUKAN DS NAJIB!?
Utusan Malaysia semalam melaporkan Zahid Hamidi membuat kenyataan bahawa ada kedutaan asing telah mengintip maklumat sulit negara dan dibantu oleh orang 'dalam' Kementeriaan Pertahanan.
Zahid membuat kenyataan bodoh yang menyerupai kenyataan mengenai kehilangan enjin jet yang sudah jadi scrap metal dan dibeli second hand pada tahun 1972 pada harga US$2 juta dahulu.
Pendedahan seperti ini tidak perlu dilakukan langsung kerana ia mendedahkan kelemahan dalam pertahanan negara. Hal ini sepatutnya hanya dibawa ke pihak teratas dan satu tindakan segera dan deras saja dilakukan. Urusan pertahanan tidak perlu dibuat kenyataan untuk pengetahuan awam.
Tidakkah Zahid faham sesuatu yang asas seperti ini? Adakah Zahid cuba untuk ambil kredit dalam membuat pendedahan sedemikian?
Sepatutnya dia ada otak untuk faham bahawa orang tidak sedar peranan Kementeriaan Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri bila negara aman tapi hanya sedar bila negara tidak aman untuk mereka dipersalahkan?
Kemungkinan besar Zahid cuba memburukkan nama Perdana Menteri dengan memberi modal kepada pembangkang untuk menjadikan bahan jenaka mempermainkan PM?

1 comment:

BUJANG SUSAH said...

hakikatnya pelanduk mmg selalu lupakan jerat