Tun Dr Mahathir mencadangkan agar Barisan Nasional meminda perlembagaan bagi membolehkannya menerima terus keahlian dari individu. Pada masa ini, BN hanya menerima keahlian parti politik. Sebanyak 14 buah parti politik menjadi ahli BN.
Saya fikir cadangan itu dibuat bagi mengatasi masalah (1) individu yang berminat menyertai BN, tetapi tidak diterima menyertai parti-parti komponen, (2) individu yang tidak mahu menyertai parti-parti komponen, tetapi menyokong perjuangan BN.
Sementara cadangan itu baik, saya tak bersetuju.
Masalah dengan BN bukanlah keahlian individu, tetapi sikap besar kepala sesetengah pemimpinnya. Sudah menjadi rahsia terbuka bahawa MIC menentang parti-parti politik kaum India lain menyertai BN.
Dato’ Seri Samy Vellu merasakan bahawa dia saja yang berhak untuk bercakap bagi orang India di Malaysia. Cara BN membuat keputusan iaitu memerlukan konsensus kesemua ahli sebelum keputusan itu diterima, menjadikan Samy Vellu cukup berkuasa.
Akhirnya pemimpin India yang tak sehaluan dengan Samy Vellu dan MIC berada di luar BN. Agak aneh melihat Pengerusi BN merasmikan mesyuarat agung parti-parti politik yang bukan komponen BN. Namun itulah yang berlaku, dek sikap Samy Vellu.
Begitu juga, sesetengah pemimpin UMNO adalah penghalang kepada individu tertentu menganggotai parti itu. Sikap terlalu ghairah mendakap jawatan dan bimbang ditentang oleh orang yang lebih layak menyebabkan sesetengah individu menyisihkan diri dari parti itu. Walaupun sesetengah individu mendaftar keahlian terus di ibupejabat, namun ia tidak menyelesaikan masalah dalam parti itu. Keahlian parti sewajarnya dibuat pada peringkat cawangan dan pemimpin parti (di peringkat cawangan dan bahagian) harus terbuka menerima individu yang menyokong perjuangan UMNO — tanpa syarat.
Selain itu, satu lagi isu ialah penurunan sokongan kepada MCA dan Gerakan. Konflik dalaman MCA menyumbang kepada mengapa sesetengah orang Cina enggan aktif dalam parti itu. Kita tak boleh menyalahkan mereka. Permainan politik dalaman yang berlebihan menyebabkan orang menyampah dengan parti itu. Drama dalam parti itu umpama wayang Cina. Sekarang orang sudah tidak tahu lagi di mana pangkal, di mana hujung cerita perbalahan itu.
Kesemua masalah yang disebutkan ini tidak boleh diselesaikan dengan keahlian langsung BN. Atas alasan itulah, maka saya tak setuju dengan pandangan Dr Mahathir.
Saya fikir keutamaan BN sekarang ialah mengubati “penyakit” yang ada dalam parti-parti komponen dan pemimpinnya. Selagi penyakit ini tak diubati, ia sukar bergerak sebagai sebuah parti yang utuh.
Oh ya, sebelum ini juga saya telah menulis mengenai betapa BN perlu bergerak sebagai sebuah parti sepanjang masa. BN harus berhenti menjadi parti musim-musiman — sekadar hidup sewaktu pilihanraya. BN harus dilihat hidup sepanjang masa. Ini yang tidak ada sekarang. Keahlian terus tidak boleh menyelesaikan masalah ini!
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment