Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, February 25, 2010

BILA MENTERI PERTAHANAN MULUT CELUPAR

Para Pewaris Taman Marin Tun Sakaran (TMTS) memberi altimatum 14 hari kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi agar menarik balik kenyataannya yang disiarkan agensi berita Bernama bahawa kejadian penculikan di Sebangkat, Semporna mempunyai kaitan dengan gaji yang tidak dibayar dan berpunca daripada ‘orang dalam’; atau menghadapi tindakan mahkamah jika Zahid engkar.
Pengerusi Local Community Forum TMTS, Abdullahsani Abdul Salleh memberi tempuh berkenaan kerana Zahid Hamidi secara sedar mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas dan mencemarkan nama baik semua pewaris TMTS melalui .
“Kita menafikan sama sekali kes ini berpunca daripada orang dalam atau gaji. Tidak ada kena mengena sama sekali dan ianya sudah tentu mencemarkan air muka kita seolah-olah kita tidak membayar gaji kepada pekerja kita sehingga berlaku penculikan,” tegas Abdullahsani yang kesal kerana Ketua Polis Daerah Semporna, ASP Mohd Azim Khan terus mendesak adiknya, Salleh memberi keterangan setiap hari di balai polis Semporna.
Keluarganya dan semua pewaris, kata Abdullahsani tidak ada kena mengena langsung atau boleh disabitkan dengan kehilangan atau penculikan pengurus besar dan penyelia syarikat penanaman agar-agar yang di Terumbu Karang Sebangkat, Semporna.
“Setakat ini polis terus menerus menyoal siasat adik saya dan pekerjanya, sedangkan tumpuan harus diberikan dengan memburu penjenayah yang dikata masih bersembunyi di Pulau berkenaan sejak lebih dua minggu lalu,” kata Abdullahsani yang memberi amaran akan mengheret sesiapa sahaja termasuk Ketua Polis Daerah sekiranya menghalang beliau dan adiknya meneruskan perusahaan penanaman agar-agar di Sebangkat.
Kata Abdullahsani, sikap pihak polis mengadakan pelbagai sekatan dan hadangan di TMTS untuk memburu penjenayah; bukan sahaja menakutkan pengusaha rumpai laut, malah memberikan imej buruk kepada sektor pelancongan yang turun secara mendadak akibat insiden ini.
-MUTALIB M.D/sabkin

No comments: