Adakah Dalang BTN atau Hero ubahsuai Biro Tata Negara (BTN) ini telah kehilangan kabel besarnya yang banyak berjasa semasa zaman Tun M dulu dan dinaikkan pangkat semasa zaman Tun Abdullah.Nampaknya tiada kabel kukuh akan membantunya sehinggakan beliau terleka zaman gemilangnya dahulu.Imej beliau akan rosak dan harus ada seseorang menanti untuk merebut jawatannya itu.Tidak sesuai seorang Naib Canselor menjawat jawatan tinggi dalam Universiti terkenal tersebut.
Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr Nordin Kardi Rabu dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau sebulan penjara selepas didapati bersalah menghina mahkamah apabila gagal melaksanakan satu perintah injunksi yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi di sini, Julai lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zamani Abdul Rahim yang membuat keputusan itu dalam kamarnya menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadap Dr Nordin, atau sebulan penjara jika gagal menjelaskan jumlah itu dalam tempoh dua minggu mulai hari ini.
Pada 8 Julai lepas, sebuah syarikat penganjur program pengajian Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) UUM, memperoleh perintah injunksi Mahkamah Tinggi di sini bagi menghalang universiti itu meneruskan program berkenaan.
Peguam C.V Krishnadevan yang mewakili KIC Management berkata UUM bagaimanapun gagal mematuhi perintah injunksi itu, menyebabkan pihak syarikat memfail waran komital pada Oktober tahun lepas.
Sementara itu Pengarah Urusan KIC Management Azahar Abdul Rahman berkata syarikat itu memohon injunksi itu selepas UUM, melalui surat bertarikh 18 Mei 2009, membatalkan perjanjian usahasama dengan syarikat berkenaan untuk mengendalikan program itu, berkuatkuasa 1 Jun lepas.
Azahar berkata mengikut perjanjian yang ditandatangani pada 1 Sept 2008, pihak yang mahu menamatkan kontrak itu mesti memberikan notis secara bertulis selama enam bulan lebih awal dan selepas pelajar sesi terakhir menamatkan pengajian mereka.
Sementara itu peguam Datuk Hashim Jahaya yang mewakili Dr. Nordin berkata beliau akan berbincang dengan anak guamnya sama ada akan merayu keputusan itu atau tidak. -BERNAMA
Sebelum dilantik sebagai Naib Canselor UUM, beliau telah menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN) bagi tempoh selama hampir tujuh tahun mulai Februari 1999. Sepanjang perkhidmatan beliau di BTN, pelbagai pembaharuan yang dilakukan untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.
Antara pembaharuannya ialah memesongkan BTN dari matlamat asal penubuhan BTN itu sendiri iaitu untuk menguatkan bangsa Melayu , yang mana kini modul kursus tidak lagi menumpukan soal bangsa apatah lagi agama, sebaliknya menanam semangat perjuangan UMNO pada jiwa peserta kursus.
Beliau juga dikatakan telah menjadi dalang UMNO dalam BTN, Dalang yang telah mengajar peserta kursus memusuhi pemimpin parti-parti pembangkang, khususnya ulama dalam PAS, lebih bersifat perkauman dan berbagai lagi.
Dalang yang telah memperdodohkan peserta kursus dengan mengatakan hanya UMNO yang mampu memerintah negara .
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2

pasbs baner

1 comment:
asalamualaikum
Nampaknya kena review balik resumenya,layak atau tak layak menjadi naib canselor itu.takut-takut mengabiskan bores saja.
Post a Comment