Teman dengo dari cakap-cakap rakyat marhein bahawa selain BN menyerang Pimpinan Pakatan Rakyat melalui dalaman di Pulau Pinang,DS Najib juga sempat meniru secara tak langsung cara pendekatan Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang dari segi fokus bantuan kepada Penghafal Quran dan Sekolah Rendah Agama (SRA).Selama UMNO di Pulau Pinang tiada bantuan untu SRA tetapi dengan Pakatan Rakyat bantuan terus diberikan dan kepada Huffaz juga diberi.
3 perkara atau 3 pengiktirafan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak adalah seperti berikut :-
i) Imbuhan tetap RM2,000 sebulan sepanjang hayat kepada Qari dan Qariah negara di peringkat Antarabangsa.
ii)Biasiswa pelajar cemerlang Sekolah Menengah Agama ke peringkat Ijazah Sarjana Muda bidang perubatan di Mesir
iii) Sumbangan kewangan bagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.
Beliau mengumumkanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Ulama dan Umara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) petang Jumaat.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment