Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, February 22, 2010

ALLAH MAHA BESAR WAHAI BADRUL !


Inilah asam garam hidup atau bala atau hukum karma mengkhianati undi rakyat.Kenapa jadi begini? Kami pun tak tahu ,hanya doa rakyat kamu yang tertindas lebih makbul dari doan kamu wahai ADUN yang dari penamaan calun PRU12 dah buat perangai.
Mudah-mudahan ada pengajaran dari peristiwa ini kepada wakil rakyat yang membuat keputusan 360 darjah.


Ramizah Mazlan, isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah memfailkan tuntutan fasakh terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Klang, hari ini.
Wanita berusia 31 tahun itu membuat 24 tuntutan terhadap Badrul mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam Negeri Selangor tapi hanya lima tuntutan sahaja dipersetujuai bersama.
Ramizah diwakili peguam, Norrasyada Osman.
Badrul yang turut hadir di mahkamah, tidak diwakili oleh peguam.
Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Abdul Malik Soleh mengarahkan Badrul melantik peguam bagi mewakilinya untuk meneruskan perbicaraan tuntutan tersebut.
Tuntutan itu ditangguh pada 21 April depan.
Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 31 April 1993 dan dikurniakan lima anak tapi tidak lagi tinggal sebumbung.
Badrul sebelum ini dikecam hebat apabila mengisytihar keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi ADUN mesra Barisan Nasional (BN).

2 comments:

Mohamadazhan.com said...

salam akhi,

sian pula tgk. minta2 kita dijauhkan dari bncana ni

Anonymous said...

Bukan salah ibu mengandung.Salah anak yang dikandung. Bini seorang tak terurus macam mana nak urus negara. Cakap tak serupa bikin. Lompat sana lompat sini. Bini sendiri pun dah tak percaya. Apa hal dengan pengundi yang tertipu.