Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Sunday, January 31, 2010
WAKIL RAKYAT MESTI KENA JUMPA RAKYAT
Bagi teman Wakil Rakyat Wajar Tengok & LAWAT & BANTU (SETAKAT TERMAMPU) bukan kaki ampu atau kaki bisnis atau kaki botol atau akai perempuan atau kaki raba ..opss dan bukan kaki sub tender untuk dapat komisyen membabi-buta.
Bagi DUN yang pakatan rakyat kalah kerjasama erat Ahli Parlimen yang menang dengan DUN yang kalah wajar bertaut erat seperti aur dengan tebing.Penyelaras DUN wajar beri khidmat seperti wakil rakyat kerana walaupun mereka bukan YB(Yang Berhormat) beliau sentiasa dipanggil YB(Yang Berkhidmat).
Januari 2010 - "Wakil Rakyat mesti kena jumpa rakyat", kata YB Tuan Haji Khasim Abdul Aziz ketika melakukan kunjungan sambil ke Pasar Malam Taman Bukit Indah kira-kira jam 6:30ptg ini. Pasar malam ini beroperasi pada setiap hari Jumaat bermula petang hingga jam 10:00mlm.
Hampir semua gerai disinggahi oleh YB sambil menghulurkan sedikit pemberian berbentuk kalendar DUN dan risalah dakwah yang diterbitkan oleh Dewan Pemuda Kawasan. Kaedah lawatan ke pasar malam ini amat penting kerana semua lapisan masyarakat mengunjunginya. Antara yang menyertai program lawatan ini ialah Ahli Majlis MPAJ Tuan Haji Ali Ismail, Pimpinan PAS peringkat Cawangan, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.
Program berakhir pada waktu Maghrib. YB dan rombongan terus ke Surau Taman Ampang Indah untuk menunaikan Solat Maghrib berjemaah. ~ AQ
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Setuju. Wakil rakyat harus jumpa rakyat
Post a Comment