Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Thursday, January 7, 2010
TIDAK PERLU SURUHANJAYA DIRAJA SEBAB MENTERI PERTAHANAN DAH PUAS HATI !
Apa ni Datuk Zahid ! Penyiasatan sebaiknya rakyat Malaysia jelas dengan dakwaan dan hukuman.Jangan syok sendiri! Kita sekarang bukan kes hilang barang kilang atau engin MAS atau enjin AirAsia ,tetapi enjin Kapal terbang dalam Kementerian Pertahanan, kementerian yang terkuat dan terekslusif dalam negara ini.Dakwaan 2 orang itu bukan dah selesaikan masalah, yang problem masalahnya ialah bukan kebocoran dipertikaikan lagi tapi kebocoran benda besar gajah dalam Kementerian terkuat dalam Malaysia.
BAPAK PERSOALAN BESAR DI SINI yang belum terjawab ialah SIAPA PENCURINYA, bukan siappa subahat atau kambing hitam yang tak semestinya warna hitam.
Rakyat Malaysia nak tahu siapa Pengkhianat yang curi enjin jet itu?
BUKAN NAK TAHU siapa yang SUBAHAT dan siapa yang tolong HAPUS BUKTI!!!
Tidak hairanlah hari ini didada akhbar, datuk Zahid Hamidi menegaskan Tidak Perlu Tubuh SuruhanJaya Diraja.Apa taknya sejak awal lagi Menteri Pertahan, Dato' Seri Zahid Hamidi sudah menyatakan kehilangan enjin dan perkakas jet yang bernilai melebihi RM100 juta itu adalah angkara anggota bawahan TUDM tidak langsung melibatkan pegawai kanan.
Adakah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah mengikut s skrip? Wallahualam.
Yang dipersoalkan rakyat tidak dapat menerima dakwaan terhadap pensubahat 2 orang hitam tersebut.Ini bermakna Peguam Negara tidak bersungguh dalam dakwaannya.
Laskar udara Mohamad Shukri Yusop didakwa mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 milik TUDM, manakala sarjan udara, N Tharmendran pula didakwa bersubahat dengan Mohamad Shukri. Pengarah syarikat, K Rajandran Prasad pula dituduh dengan sengaja menolong menghapuskan barang curi milik TUDM.
Rasanya elok disiasat samada yang terlibat ini dah kaya ada rmah batu banglo dan ada kereta mewah atau sebaliknya?
Kes berfrofail tinggi tapi hanya melibatkan pegawai rendah.
hampir leseluruhan rakyat yakin individu-individu itu telah dikambing hitamkan hanya untuk menjaga kepentingan pihak tertentu yang terlibat secara langsung dalam melenyapkan harta negara yang bernilai ratusan juta ringgit. Rata-rata rakyat percaya kalau enjin jet yang besar itu mampu dilenyapkan, tidak mustahil fakta dan bukti yang sekadar di dalam kertas itu juga boleh dihapuskan sebagai mana menghapuskan kotoran degil pada pakaian.
Tempoh siasatan yang memakan masa lebih 365 hari, menguatkan lagi kesangsian rakyat terhadap penemuan misteri pihak penyiasatan diragui itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment