Mahkamah semalam dapat menonjolkan siapa ‘penembak peluru hidup’ dalam Tragedi Batu Buruk iaitu Lans Koperal Wan Aziz Wan Omar.
Nauzubillah ... Beliau mengaku tidak pernah sembahyang dan suka minum arak.Apa nak jadi polis begini.Teman cadangkan setiap polis perlu jalani pemeriksaan kencing selepas apa-apa operasi.Sepatutnya dalam kes Memali juga pada masa itu ,semua Polis yang terlibat patut diperiksa air kencing.
http://buletinonline.net/images/stories/berita20/wanaziz1.JPGSepanjang perjalanan perbicaraan kes Tragedi Batu Buruk, pernah suatu ketika, Wan Aziz tiba-tiba menutup mukanya, apabila pihak mahkamah menyebut ‘Batu Buruk’, seolah-olah menangis.

Apabila ditanya, mengapa beliau bersikap begitu, katanya beliau amat sedih dan mahu menangis apabila mendengar nama ‘Batu Buruk’ disebut, kerana kononnya, terkenangkan peristiwa yang berlaku pada 27 September, 2007 itu.
Pada ketika yang lain, apabila ditanya berapa das tembakan yang dilepaskan beliau sewaktu menembak Suwandi dan Azman, beliau sambil menunjukkan aksi menembak kesemua arah, bang…bang…… bang…….
Ditanya lagi berapa das tembakan, katanya tak tahu berapa, sehingga pistol berbunyi; klek….klek….klek…..klek
Yang paling memeranjatkan, apabila disoal balas oleh salah seorang peguambela Fariz Irwan, berkenaan keadaan dirinya, beliau mengaku, tidak bersembahyang sewaktu kejadian dan tidak pernah mendirikan solat!
Selain itu, beliau mengaku mempunyai tabiat buruk suka meminum arak, namun katanya pada malam kejadian itu, beliau tidak minum.
Sesi perbicaraan Wan Aziz sebagai pengadu dan saksi kes Tragedi Batu Buruk sedang berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu dan dijangka berakhir hari ini 20 Januari, 2010
No comments:
Post a Comment