
Bertempat di Dewan Komuniti Seri Kemboja, Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat dengan konsep negeri berkebajikan telah menyampaikan beg-beg sekolah kepada anak-anak penduduk sekitar Bukit Sentosa 2 & Bukit Sentosa 3 yang melibatkan antaranya Pangsapuri Seri Anggerik, Pangsapuri Bakawali dan Kemboja.

En. Nasharudin Penyelaras DUN yang dikenali sebagai Cikgu Nash dapat hadir memberi maklumat dan penerangan berkenaan program berkebajikan Negeri Selangor.Beliau memohon kerjasama penduduk agar memberi maklumat dan mengisi borang tertentu bagi memudahkan dalam program Warga Emas,Tabung pendidikan tinggi, TAWAS dan program Ibu Tunggal.

Cikgu Nash dan Pegawai Khasnya juga bersama dapat menyerahkan beg-beg tersebut kepada kanak-kanak yang hadir dan telah dikenalpasti kelayakannya.


Penerima sumbangan Kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengira parti di mana anak-anak keluarga UMNO, PAS dan PKR yang berkelayakan juga diterima.
No comments:
Post a Comment