AJK Umno Tasek Gelugur Meniduri Lebih 10 Wanita
Bekas madu kepada penyanyi etnik kreatif Noraniza Idris hari ini mendakwa suaminya, Datuk Muhamad Mustafa Idrus, 54,yang juga ahli jawatan kuasa Umno Tasek Gelugor pernah meniduri lebih 10 wanita sepanjang perkahwinan mereka.
Mastura Bakar, 24, ketika memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini berkata, suaminya itu tidak adil dalam berpoligami selain banyak berfoya-foya.
"Dalam berpoligami memang dia tidak adil dan banyak berfoya-foya dengan lebih 10 wanita di hotel kerana saya mengenali dan menghubungi setiap wanita yang pernah tidur dengannya,” katanya hari ini ketika menjawab soalan peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakilinya dalam semasa prosiding tuntutan cerai fasakh.
Dalam pada itu, Mastura mendakwa Muhamad Mustafa pernah meliwatnya setelah dia enggan tidur bersama.
“Dia (suami) suka paksa saya untuk tidur dengannya dan apabila saya enggan berbuat demikian, dia mengasari saya termasuk pernah meliwat saya.
“Jadi, sebab itu saya tertekan dan ingin memohon cerai fasakh dengannya. Bukan itu sahaja, dia juga pernah memukul, menampar dan menendang saya sebanyak tujuh hingga lapan kali apabila mempunyai masalah dan apabila saya bertanya tentang hubungannya dengan wanita lain.
“Apabila saya melarikan diri dari rumah, dia akan pecahkan barang-barang dan pernah melanggar saya dengan kereta sekali,” katanya pada perbicaraan kes tuntutan cerai fasakh terhadap suaminya itu.
Mastura juga memberitahu Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin bahawa dia merupakan isteri keempat ketika mereka bernikah pada 3 Jun 2006.
Namun, dia hanya mengetahui tentang statusnya itu semasa mahu melahirkan anak sulung mereka.
“Ketika bernikah dengannya, saya langsung tidak mengetahui yang saya merupakan isterinya yang keempat. Saya hanya mengetahui yang dia pernah berkahwin dan mempunyai anak-anak.
“Apabila saya nak bersalin anak pertama, baru saya tahu yang saya merupakan isteri keempat," ujarnya.
Beliau berkata, selepas itu suaminya berkahwin dengan tiga wanita termasuk Noraniza.
“Dia sendiri mengaku telah berkahwin dengan ketiga-tiga wanita itu kepada saya setelah saya mengemukakan bukti-buktinya.
Selepas dua tahun berkahwin, tambahnya, Muhamad Mustafa mula jarang pulang ke rumah apabila selepas dia mengetahui suaminya mempunyai isteri lain.
“Kadangkala, seminggu dia tidak pulang ke rumah. Sekitar Mei 2008, dia hanya pulang sekejap dan tidak bermalam di rumah. Saya rasa seperti tempat persinggahannya.
Menurut Mastura, dia bukan sahaja tertekan sehingga trauma untuk tinggal bersama malah lelaki itu juga didakwa tidak memberikan nafkah kepadanya dan anak-anak sejak Disember 2008.
“Sejak Disember 2008, semuanya (pakaian, makanan dan rumah sewa) saya tanggung sendiri dan mendapat bantuan keluarga,” ujarnya lagi yang kini menganggur.
Sebelum ini, Mastura menanggung keperluannya dan anak-anak menerusi pendapatannya bekerja sebagai pembantu jualan di kedai barang kemas My Diamond di The Curve, Damansara termasuk berkerja di pusat rawatan spa Mustika Ratu.
Mastura dan Muhamad Mustaffa bernikah pada 3 Jun 2006 di Masjid Pengkalan Hulu, Perak dan dikurniakan tiga anak berusia dua hingga lima tahun.
Muhamad Mustafa tidak hadir ke mahkamah dan diwakili oleh peguam syarie Zaidi Ibrahim.
Kes itu ditangguh pada esok, 6, 12, dan 13 Januari di mahkamah yang sama.
Sumber : http://mstar.com.my
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Kuat nya dia
Pakei engine apa yob? Umur dah tua kutuk, ate kuat bebeno deme ni, cok kome siasat ilemu apa dia pakei, jangan-jangan ilemu sakey kot yob, Tak semenggah punya umno dari dulu, kini dan selamanya, buat naye org aje.
Enta bagi tau kat GAP bior dia baca,
Salam,
Wanita juga yang jadi mangsa.Kesian kat kami yang bergelar wanita.
Teman sodeh..
Salam para komentar , sama-sama kita muhasabah (bukan ikut AP Sabah yg kawin muda tu) tapi muhasabah atau kajisendiri diri kita dengan syarak dan kemampuan keluarga terdahulu bila nak kahwin lebih dari satu tak kira UMNO ,PAs atau sesiapa sahaja.Allahyarham Ayah teman pun ,kahwin banyak tapi sebab isteri dah meninggal...maka kahwin lah lain.
sorry to say this ok...
kamu ini berlandaskan agama...
ulama pewaris nabi????
jagan sewenag2nya guna quote yg islamic kalo diri sndiri tak islamic seperti 'ulama pewaris nabi'
harusnya kita sedari diri sendiri...mengumpat,menjaja cerita orang...memang ler bende tu benar2 berlaku..tapi tak sesuai lah dengan "ulama pewaris nabi" yang anda perjungkan tu!!!
apa beza anda dengan orang lain(especially orang UMNO yang ada tak suka tu..)parti itu bukan jaminan seseorang tu islamic ke..baik ke...
lihat anda sendiri pon sudah cukup...
Parti Islam Semalaysia...spatutnya anda tak boleh bersandarkan pada PAS atau "ulama pewaris nabi" yang anda juangkan...
apa kata orang lain yg bukan seagama kalau mereka baca artikel ini??mesti cakap mereka..PAS ke UMNO ke..sama jer...mengata orang tak tau dosa pahala dah...
sekian untuk pedoman blogger...
ps/jika mahu mengata or mengumpat orang,baik nte tukar aje blog anda menjadi "BLOG NGUMPAT AHLI POLITIK TAK BETUL" daripada anda gunakan "PAS cawangan bukit sentosa"..."ulama pewaris nabi"...
ana malu lah dengan ente...
sabor Anonymous.. sabor...
manusia nih semua pun asal kejadian dan ciri2 yg sama jer... x kira parti/ bangsa mana pun... cuma beza dia ialah akal dan ilmu yg dipelajari...jika tinggi ilmunya maka tinggilah darjatnya tp x semesti baik perangainya....
bab parti ni, saya pun x fanatik mana2 pun... tapi dr segi sokongan tuh mmg ler lebih kpd PAS. Ini adalah sbb dasar perjuangan parti dan kekuatan kelompok pentadbiran yang diyakini... jauh sekali klu nak compare dgn BN... ko tgk ler background memasing.... Made in USA.. tak pun Made in London.. hehehe.. tapi x semestinya dalam setandan pisang tuh semuanya elok... jd klu dpt yg 70% elok pun lebih baik dari 50%.. btul x?
SURAT TERBUKA KEPADA CALON UMNO BAGI DUN PMTG BERANGAN, SPU
Sila beri penjelasan ke atas isu-isu berikut:
Isu no 1 melibatkan Omar sebelum jadi calon yang merupakan CEO anak syarikat Perda (Perda Ventures Incorporated Sdn Bhd) dengan satu syarikat proksi yang dibiayai sumber wang daripada seorang bisnessman china Bt Mertajam nama Pua melibatkan wang juta-juta RM dan 30-40 ekar tanah milik Perda di Lunas Wellesly Estet / Bt Tok Alang SPU. Tiada open tender. Semua direct nego. Encik Pua dah panas buntut tapi belum ambil tindakan undang - undang. Projek tak tentu hala. Wang dah habis. Tanah belum dapat tukar syarat.
Isu no 2 iaitu semasa Omar chambering di pejabat peguam Tn A....Z....... caw Tmn Selat (masa itu) dia ada skandal dengan seorang pompuan isteri org nama A..... (kini pompuan tu dah jadi peguam dan miliki firma guaman sendiri maka banyak dapat kes Perda daripada Omar ) . Omar dan pompuan ini pernah ditemui berduaan tanpa baju dalam satu apartmen istana hinggap di Penang milik salah seorang rakan kongsi firma guaman di mana Omar buat chambering masa itu. Omar perlu akui atau nafikan tuduhan ini untuk jadi calon yang bersih.
Isu no 3 mengenai syarikat proksi Omar ini dimiliki atas kertas oleh seorang ex banker nama U..... dan seorang nama A.... dan seorang husband kepada Puan M......yg kerja di firma guaman A......J....& Partners (juga banyak kes Perda daripada Omar) . Melalui syarikat proksi ini mereka akan sapu projek yang boleh disapu. Salah satu syarikat ini nama Asta Gemilang Sdn Bhd yg mana salah seorang pengarah ialah Rohaizat bekas calon umno dulu. Projek depa dapat semua direct nego tanpa open tender.
Isu no 4 ialah ramai kontraktor dan peguam melayu gelar Omar sebagai kaki pau. suka minta duit komisyen daripada kes atau projek ysng dia bagi kepada mereka. Contoh peguam nama Az.... byr RM....... ribu kepada Omar. Ramai tahu dan dah terkena , cuma mereka takut nak tampil dan bersuara.
Semua pertanyaan isu-isu di atas ditujukan khas buat Omar dan minta Omar beri komen dan versi jawapannya. Kalau Omar menipu maka kita akan bongkar kisah dan nama-nama yg terlibat dengan lebih terperinci.
Adakah pemimpin jenis ini yangg rakyat mahu memimpin Tasek Gelugur khasnya dan untuk Pulau Pinang amnya.
Mesti Ubahhhh Ini Kali Lahhhhh
Post a Comment