Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, January 16, 2010

RAKYAT HULU SELANGOR JUGA PATUT KESAL DENGAN YBK


MB Kesal YBK Sekadar Dedah Laporan Aktiviti

SHAH ALAM, 14 Jan - Laporan yang dipaparkan di laman sesawang Yayasan Basmi Kemiskinan bukanlah laporan kewangan tahunan seperti yang didakwa Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom, dalam satu akhbar tempatan hari ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata laporan yang dipertonton ke tatapan awam itu hanyalah aktiviti tahunan pertubuhan itu, dan bukan butiran yang memperincikan kepenggunaan sumber yang diberikan kerajaan negeri kepada YBK.

“Jadi pada saya bukan saya tidak katakan YBK ini ada program dan projek, tapi yang saya katakan belum ada laporan kewangan perakaunan tahunan untuk YBK, itu yang paling penting, sebab dalam tatacara pengurusan terbaik, dia juga mesti ada perakaunan bukan sahaja aktiviti”, jelas Tan Sri Khalid.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di Shah Alam hari ini.

Sehubungan itu, kerajaan negeri akan mengambil langkah segera bagi menyelesaikan kebuntuan di pihak yayasan.

“Kerajaan negeri tak payah minta, akan membuat beberapa kajian dari awal penubuhannya, apa aktiviti yang diberikan peruntukan oleh kerajaan negeri, dan berapa duit dari kerajaan negeri semua itu akan kita lakukan sebelum akhir bulan ini”, tegasnya lagi. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

No comments: