Kes sembur Dr Mahathir...Nik Sapeia kena 6 bulan
Ingat lagi kekecohan kes Tun Dr Mahathir Mohamad kena sembur bahan berbahaya di Lapangan Terbang Kota Bharu pada 28 Julai 2006.Kejadian berlaku waktu bekas Perdana Menteri itu baru tiba di situ untuk sampaikan satu ceramah politik di sebuah hotel.Seorang lelaki telah bertindak menyembur Dr Mahathir dengan sesuatu di khalayak ramai.Kejadian berkenaan mengemparkan suasana di lapangan terbang itu.Dr Mahathir dan beberapa orang lain yang hampir dengannya mengalami pedih mata ketika itu. Hari ini Mahkamah Majistret di Kota Bharu menjatuhkan hukuman enam bulan penjara keatas pelakunya,seorang ahli perniagaan Nik Sapeia Nik Yusof.Dulu Nik Sapeia ialah ahli UMNO tetapi kemudiannya telah menyertai parti PPP dan menjadi Naib Presiden.Hukuman ditangguhkan sehingga rayuan dibuat
No comments:
Post a Comment