
Empat orang ditahan di Johor kerana dipercayai terbabit dalam kes membakar surau di Muar dua hari lalu. Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mereka yang ditahan itu berusia antara 16 hingga 28 tahun.
Menurut Malaysiakini, seorang daripada mereka yang ditahan itu dipercayai anak seorang anggota polis.
Pasti ramai yang ingin tahu, yang bakar surau di Muar itu dari kaum apa? Sebenarnya dari kaum apa tidak penting. Yang penting mengapa mereka membakar surau, arahan siapa dan mengapa surau yang dipilih dan bukan kedai nombor ekor atau kedai arak?
Dan satu lagi yang penting ialah fakta anak pegawai polis yang bapanya penjaga keamanan negara disyaki membakar surau. Terlalu awal untuk kita membuat spekulasi bahawa kebakaran surau itu ada kena mengena dengan polis kerana anak polis yang disyaki membakarnya.
Apapun, biarlah polis yang menyiasat, jika ada kes bicarakan di mahkamah. Jika tiada kes lupakan saja.
No comments:
Post a Comment