Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, January 5, 2010

PERJUANGAN DEMO BESARAN PEMUDA UMNO SELANGOR TAK JADI KERANA LEBIH MENGHORMATI SARANAN

Pergerakan Pemuda Umno Selangor menangguhkan perhimpunan besar-besaran bagi membantah penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan terbitan gereja Katholik, Herald yang dirancang diadakan di masjid seluruh Selangor Jumaat ini.

Ketuanya, Suhaimi Mohd Ghazali berkata keputusan itu sebagai menghormati saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta semua umat Islam bertenang dan tidak mengambil tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan negara.

"Kami menghormati saranan Perdana Menteri yang tidak mahu isu itu penggunaan
kalimah Allah) diburukkan lagi dengan pelbagai demonstrasi ataupun perhimpunan,"
katanya dalam satu sidang akhbar di Shah Alam, yang turut hadiri oleh beberapa pimpinan tertinggi Pergerakan Pemuda Umno Selangor., lapor Bernama.


Khamis lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan membenarkan akhbar
mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan hari ini terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Komen : Mana boleh tangguh ,ini kerana pertahankan perkataan Allah.Kes Dato Zamry boleh buat rayuang hanya beberapa jam sahaja dan beliau memenanginya.Yang ini lagi penting dan berprofile tinggi kata seorang peguam UMNO.

2 comments:

jma@tekali said...

Kena tangguh.... bagi panas dulu...!! Tunggu semua orang Melayu panas. Lepas tu buat aksi hindustan.... UMNO kemudian kumpulkan sokongan orang Melayu, lepas tu baru buat rayuan. Kemudian secara tiba-tiba mahkamah rayuan membatalkan perintah mahkamah tinggi.... Lepas tu orang Melayu seronok kerana UMNO berjaya menyelamatkan 'maruah' orang Melayu. Lepas tu bubar Parlimen. Lepas tu UMNO menang lagi. Sekianlah cerita Hindustan alaf baru.

Benda serius kadang-kadang jadi permainan oleh orang yang kerja main-main.

Anonymous said...

umat islam dah tahu mainan UMNO yang cuba alih isu dan tarik sokongan