Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, January 1, 2010

PERISTIWA RUGI DI TOL BUKIT BERUNTUNG MENJELANG 2010


Gara-gara polis buat kerja tanpa ada nilai Islam inilah padahnya.Sewajarnya pihak polis yang kebanyakan Islam sedar hal ini dan patut diterapkan dalam pekerjaan mereka.Itu pasal banyak kes Polis ini.Ada kes polis macam koboi bunuh penjenayah sampai 5 orang sekaligus.Bunuh (terbunuh) wanita mengandung,terbunuh budak umur 20an yang tangan berikat, polis merogol banduan, Polis merompak , terlibat bunuh artis sebab cemburu, Polis berkhalwat dan makan rasuah dan bla-bla.Banyaknya , at last orang akan cakap polis tu manusia ada akal dan nafsu.Pad teman memangla begitu lumrah tapi yang dipertikai sejauh mana dan setakatmana pihak pimpinan atasan Polis dah mencuba cara yang ada penerapan Islam di dalamnya.Contoh kalau buat 'road block' fikirlah kalau dan masa masuk waktu solat ...fikirlah masalah pengguna jalanraya yang baru pulang kerja yang berkejar nak balik mandi dan solat.

Kenapa teman kata rugi , semalam pada jam 7.20an rujuk masa di foto ,elok lepas bayar tol di Bukit Beruntung ,Rawang Selangor teman terkejut melihat kenderaan sesak.Dahlah kita rugi guna lebuhraya kunun nak cepat dan sanggup bayar tol tup-tup ada jem pul elok lepas bayar.

Ropa-ropanya Polis buat sekatan jalanraya sebelum lampu trafik.Jarak lampu trafik dengan tol adalah lebihkuran 400 meter sahaja.Bayangkan tentu sendat.Kenapa tak buat road block selepas lampu trafik taklah berbaris panjang.Bukan rugi wang bayar tol, rugi minyak kerana jem dan juga rugi masa dan boleh terlepas solat Maghrib, abis siapa akan tanggung dosa?

No comments: