Isu Air - UMS-KAL, KML Terjejas Teruk!
" Perkara ini tidak dijangka, dan kerajaan sedang melakukan yang terbaik untuk mengatasinya" - Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal.
"Kita mungkin kehilangan pelabur hanya kerana belakan air sering terganggu di Labuan" - DPMM Labuan, Yussof Mohammad.
Namun apa yang lebih membimbangkan ialah kemerosotan kedatangan pelajar-pelajar institut pengajian tinggi (IPT) ke Labuan kerana khabar mengenai kesukaran mendapatkan bekalan air di dua IPT di Labuan, UMS-KAL dan Kolej Matrikulasi sudah tersebar luas, sehingga Gerakan Mahasiswa Sedar (melalui Mahasiswakini) membuat gesaan agar Ahli Parlimen Labuan memandang serius perkara ini. Pelajar-pelajar KML dikatakan pernah terpaksa pergi ke gereja kampung berdekatan untuk mandi.
Masalah kekurangan bekalan air di Labuan berpunca daripada kekeringan dua daripada tiga empangan simpanan air di Labuan. Bekalan air di Labuan dijangka akan pulih sepenuhnya pada hujung tahun 2010, apabila saluran paip air dari Beaufort Sabah siap sepenuhnya.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
assalamualaikum
Dengar cerita kononnya ada pengguna air telah membeli dari jabatan bekalan air lebih dari separuh penggunaan air diPulau labuan itu.Nak tahu lebih lanjut lagi tanyalah jabatan bekalan air Labuan .Ini juga menjadi faktor akibat kekurangan air di Labuan.
Salam, terima kasih maklumat dari Labuan.Harap laporkan pergolakan UMNO Wilayah Persekutuan yang berlaku di sana
Post a Comment