Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul berkata Umno tidak seharusnya menggunakan media untuk memanipulasi fakta untuk mengambarkan parti perkauman itu sebagai juara menyelesaikan polemik ini.
Beliau menjelaskan isu ini masih jauh dari selesai, dan manipulasi isu ini adalah strategi politik yang merbahaya.
“Dengan menggunakan isu nama Allah ini dengan harapan untuk mengembalikan sokongan orang Melayu terhadap UMNO, saya rasa ini satu strategi yang salah kerana apa pun isu politik yang kita main tetapi sudah pasti isu agama tidak akan menjadi benda yang boleh kita benarkan," katanya.
Johari berkata demikian selepas diminta mengulas kenyataan Editor Majalah The Herald, Reverend Lawrence Andrew yang nafi tuntutan warta Katolik keatas kalimah Allah ditarik-balik.
Kenyataan Lawrence itu adalah bercanggah dengan laporan akhbar Berita Harian, semalam.
Ahli Parlimen Sungai Petani itu berkata ini bukan kali pertama Umno menyalahguna media untuk melakar imej Umno sebagai juara isu Melayu-Islam.
“Umum tahu yang semua akhbar-akhbar Berita Harian yang juga milik pemerintah sama seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, The Star dan News Strait Times ini ialah akhbar-akhbar milik pemerintah. Jadi saya amat bersetuju dengan YB Khalid bahawa ini bukanlah kali pertama pun yang akhbar-akhbar besar ini menganggap mereka menjadi lidah atau pun media kepada pemerintah," katanya.
Pakatan Rakyat mendesak semua pihak yang terkesan supaya menyakini kemampuan ulama-ulama Islam untuk berdialog bersama ketua-ketua paderi Kristian mencari penyelesaian kepada isu penggunaan kalimah ini. - FANSURINA ABDULLAH
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment