Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, January 22, 2010

NAK URUSKAN ADI PUTRA SEORANG PUN MALAYSIA TAK MAMPU !,INIKAN NAK AMBIL PELAJAR LUAR NEGARA ?


Teman sedih bila melihat anak pintar Malaysia iaitu Adi Putra yang bijak dalam matematik dan pelbagai perkara lagi.Mulanya Menteri Pelajaran pada masa itu Dato Hishamudin kunun nak jadi angkat ,lama-lama hancus.Apa tak hancus pengurusan Kementerian yang bengong dalam mengendalikan anak pintar atau genius bila mereka hantar Adi Putra dimasukkan kedalam sekolah rendah ...darjah satu pulak tu.Apake bangang menteri Malaysia, itu pasal ramai anak genius Malaysia yang ibu bapanya ada kewangan kukuh keluar Malaysia ke Singapura atau London bagi menyerlahkan kepintaran anaknya.Di sana anak-anak pintar dari Malaysia ini layak masuk Universiti seperti yang berlaku di Singapura yang lalu di mana 3 orang anak pintar seorang ibu pelukis dan bapanya ahli fizik berjaya masukkan anak ke Unversiti di Singapura.Salah seorang anaknya bijak dalam bidang kimia.Ringkasnya Malaysia wajar pandai uruskan anak pintar sendiri baru nak ajak anak luar negara di ajar di sini.Sebaiknya anak pintar Islam perlu diterap nilai Islam dan yang bukan Islam diterap dengan nilai moral yang baik.

NEW DELHI 21 Jan. - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menjemput pelajar-pelajar di New Delhi School, sebuah sekolah untuk pelajar-pelajar cemerlang di sini menyertai program Permata Pintar yang dicetuskan oleh beliau di Malaysia.
Dalam lawatannya ke Delhi Public School di sini, beliau berucap kepada 300 pelajar dan guru sekolah itu juga memaklumkan akan memanjangkan jemputan yang sama kepada pelajar-pelajar di negara lain.
Menjawab soalan seorang pelajar mengenai program itu, Rosmah berkata, Permata lahir atas sifat keibuannya yang mahu melihat generasi hari ini tidak dipersia-siakan.
Beliau yang berkongsi pengalaman mengenai perkembangan Permata Negara dan Permata Pintar memberitahu, program Permata telah diperkembangkan dengan kewujudan Permata Seni Muzik dan Permata Seni Koir.
Turut sama dalam lawatan itu ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
New Delhi School menempatkan pelajar cemerlang dalam lingkungan umur 3 hingga 17 tahun.
Rosmah juga menegaskan, adalah penting generasi muda di dunia ini berinteraksi dan memahami antara satu sama lain yang berbeza budaya, fahaman dan cara hidup.
''Semangat saling hormat menghormati dan bekerjasama perlu diterapkan dalam diri kanak-kanak tanpa mengenal batas sempadan, budaya, agama dan cara hidup bagi memastikan dunia akan terus aman dan terpelihara," katanya.
Beliau juga menekankan perlunya diadakan interaksi dan dialog untuk golongan kanak-kanak dari seluruh dunia agar mereka dapat membincangkan langkah-langkah bagi memastikan kesempurnaan hidup mereka pada masa akan datang.
Rosmah turut mencadangkan supaya diadakan pertandingan koir kanak-kanak peringkat antarabangsa. - UTUSAN

1 comment:

valent said...

memang nak muntah dengar lawak pm general,malangnya rakyat 1 malaysia dapat tuk ketua macam ni,malu nak ngaku rakyat 1 malaysia.