Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, January 6, 2010

MENAKJUBKAN PROJEK MEE SEGERA DAN PROJEK TAMPAL DAH MULA DI BANDAR BUKIT SENTOSA



Dilaporkan petang tadi sebuah simpang antara simpang ke Pasar Bandar Bukit Sentosa, ke ESSO dan ke tapak Program UMNO telah dibina sebuah lampu trafik segera.Memeranjatkan lampu trafik boleh siap tak sampai 2 hari.Bolehpun buat cepat, kenapa banya projek terbengkalai bertahun-tahun? Kena ada program baru kerja berjalan.Sekolah Rendah Agama (SRA) Bukit Sentosa 1 yang disifatkan penduduk ‘sekolah tampal’ bakal menerima bangunan kekal setelah projek pembinaannya dimasukkan dalam Perancangan Pembinaan tahun 2010.Katanya...Katanya ....

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohd Hidayat Abd Rani berkata, sejumlah RM2 juta diperuntukkan untuk tujuan itu.
“Permohonan mengenai perkara ini sudah dipanjangkan, namun disebabkan pelbagai proses yang perlu dilalui, ia tertangguh.
“Setelah meneliti keperluannya, Jais memasukkan projek pembinaan SRA ini di dalam Perancangan Pembinaan 2010,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Ketika ditanya sama ada pembinaan bangunan kekal itu dilaksanakan di atas tapak 0.84 hektar, Hidayat berkata, perkara itu juga perlu diteliti dan dikenal pasti kesesuaiannya.
Beliau juga meminta agar penduduk bersabar sehingga usaha itu berjaya dilaksanakan.
Semalam, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan membangkitkan permohonan mereka berhubung pembinaan SRA tersebut yang tertangguh lebih 10 tahun.
Rata-rata bapa murid yang ditemui senada dengan suara PIBG yang mahu bangunan kekal dibangunkan dan dibina di atas tanah yang dicadangkan sebelum ini.
Sementara itu, Yang Di Pertua PIBG sekolah berkenaan, Zakaria Mat Ali, 53, ketika ditanya mengenai maklum balas Jais itu, beliau hanya mengambil sikap tunggu dan lihat kerana tidak yakin dengan kenyataan itu.
Menurutnya, maklum balas serupa pernah disuarakan Jais pada tahun lalu menerusi media yang memberitahu bahawa isu itu selesai menjelang penghujung 2009.
Bagaimanapun katanya, apa yang ada di tapak yang dicadangkan hanya tanah lapang yang tinggal tanpa sebarang projek pembinaan.
“Saya sudah beberapa kali suarakan perkara ini dan saya tidak berapa yakin dengan jawapan ini.
“Kami hanya akan percaya bila projek pembinaannya terus dilaksanakan, jika tidak kami akan terus bangkitkan,” katanya.

No comments: