Rakyat Malaysia yang sedar perlu melihat beberapa isu misteri yang masih belum selesai seperti skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), projek landasan kereta api serta isu kehilangan enjin jet. Ketiga-tiga isu ini juga dilihat mencabar Umno/BN kerana melibatkan 'jerung-jerung' dalam Umno/BN. Dan Umno/BN juga dilihat gagal memberi penjelasan mengenai kes-kes ini.
Kes yang tidak selesai ini menggambarkan konflik dalaman BN. Ada di antara tindak tanduk mereka itu menggambarkan mereka cantas mencantas antara satu sama lain. Isu PKFZ, kenapa penyiasatan ke atas isu ini dilambat-lambatkan? Adakah ia melibatkan pimpinan MCA dan BN-Umno ? Tentunya YA jawapannya.
Kita juga dihidangkan dengan kemelut dalaman MCA yang akan menjerut leher BN dan seterusnya menjejaskan BN. Kerana dalam MCA ada yang ingin mendedahkan siapa petualang dalam MCA yang sama-sama ingin bersengkokol dengan Umno yang melibatkan kehilangan wang rakyat begitu banyak. Jadi terdapat halangan kalangan pimpinan Umno yang tidak mahu MCA mendedahkan apa yang berlaku.
Jadi terdapat kumpulan-kumpulan yang ingin menyembunyikan maklumat tersebut kerana jika ia dibongkar akan mendatangkan akibat kepada MCA. Isu enjin jet hilang pula, ia didedahkan sendiri oleh Zahid Hamidi. Sepatutnya jika dia sendiri ingin menjaga imej Najib dan kes itu ditutup selama dua tahun, kenapa dia mahu mendedahkannya? Jika dia menyatakan 'saya tidak tahu kerana kes itu berlaku sewaktu Najib menjadi Menteri Pertahanan' kenapa pula dia sengaja mendedahkan sekarang ini?
Ia seakan 'buang batu sembunyi tangan' oleh menteri yang berkenaan.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment