Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, January 8, 2010

KERAJAAN JAMIN TURUN HARGA SEMASA HARGA DUNIA SEDANG MENINGKAT NAIK ! TEKTIK BARU AYAT BARU

Kerajaan memberi jaminan harga runcit petrol sekarang tidak kekal dan akan diturunkan jika harga minyak mentah dunia mencatatkan penurunan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, masalah berkaitan kenaikan harga barang menjadi agenda utama untuk ditangani kerana ia memberi kesan langsung dan berkait rapat dengan rakyat.

“Ada yang buat spekulasi harga petrol akan naik. Saya tegaskan perkara itu tidak akan berlaku. Malah, kerajaan mahu turunkan harga petrol.

“Kalau harga minyak turun, kerajaan akan turunkan harga petrol dan itu yang kita (kerajaan) akan lakukan. Namun, buat masa ini harga petrol di pasaran tidak berubah,” katanya selepas menghadiri Majlis Pelancaran Identiti Korporat Baru F&N di sini, semalam.
Ketika ini, harga petrol RON95 dijual pada harga RM1.80 seliter manakala RON97 iaitu petrol gred premium dijual pada harga RM2.05 seliter.
Dalam perkembangan berkaitan, Ismail berkata, dua harga petrol berbeza untuk warganegara Malaysia dan bukan warganegara akan diperkenalkan bermula 1 Mei ini.
“Bagi warganegara, pelaksanaan harga petrol ditentukan berdasarkan kapasiti
enjin kenderaan, bermakna bukan semua warganegara akan menikmati subsidi.
“Bagi bukan warganegara, harga petrol dikenakan mungkin lebih tinggi. Bagi RON 95, kita beri subsidi sebanyak 30 sen setiap liter. Harga sekarang ialah RM1.80 berbanding harga sebenar iaitu RM2.10,” katanya.

No comments: