Hampir 10,000 Ribu Rakyat Hadir Ceramah Umum DSAI Di Kuantan Malam Tadi !!
KUANTAN, 18 Jan [3.00 pm] - Aura Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata masih berbisa biarpun berbagai tohmahan dan fitnah jahat terus dilemparkan kepadanya selama ini. Rakyat ternyata masih percaya dan menganggap Anwar sebagai pejuang rakyat yang akan membela nasib serta masa depan mereka. Melihat kepada kehadiran orang ramai dalam program lawatan kerja seharinya ke Kuantan semalam, jelas sekali Anwar masih diterima. Hampir 10,000 rakyat membanjiri ceramah umum Anwar di Dataran Rakyat, Pejabat Perhubungan PKR Pahang di Beserah dekat sini malam tadi. Kebanyakkan daripada mereka datang sengan rela hati, tanpa sebarang upah yang diberikan. Ia jauh berbeza sama sekali dengan kehadiran pemimpin UMNO selama ini, mereka dipaksa hadir, diberi upah dan elaun kedatangan. Dalam ceramah Anwar malam tadi, beliau lebih banyak mendedahkan tentang kepura-puraan kerajaan UMNO BN dalam menangani sesuatu isu. Anwar berkata isu panas "khalimah Allah" yang dipermainkan sekarang ini jelas sekali menjerat diri mereka akhirnya. Malah kata Anwar, beliau sudah bertemu dengan beberapa tokoh ulamak terkenal semasa kunjungannya ke Beirut, Lubnan baru-baru ini. Maka, ramai dikalangan mereka terkejut dengan isu "khalimah Allah" yang dijadiakan isu di Malaysia sekarang ini. Malah, ulamak tersohor dunia sendiri pun menganggap isu yang dimainkan itu tidak relevan sebenarnya. Menurutnya, penggunaan kalimah Allah sudah diguna beribu tahun lalu oleh penganut Kristian di Mesir malah tiada sebarang masalah timbul berhubung perkara tersebut. “Saya merujuk kenyataan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengenai perkara tersebut dan beliau sendiri menyatakan bahawa kalimah Allah tidak salah digunakan oleh orang bukan Islam. Saya menganggap ia adalah isu yang sengaja direka oleh UMNO untuk menghangatkan suasana politik negara," katanya.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment