Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, January 1, 2010

KALAU DAH PEMUDA DAPAT RM300JUTA APATAH LAGI BAPAK PEMUDA!

Komen Teman : BUkan berapa jumlah yang dipersoal ,ye lah kalau dah rezeki Ketua Pemuda UMNO ini menang tender dengan cara betul ok lah.Yang dipersoalkan Terengganu dah di cop Darul Runtuh, apa yang dibuat bangunan ...elok hampir siap dan runtuh.Bukan rosak sikit tapi hancur tak boleh guna.Itupun nasib bila projek masjid kristal tak runtuh.Kes dapat tender buat jambatan ini musykilkan teman bayangkan ishh idok ehhh apa lah temanni nak bersangaka buruk puler.Bior ler ,kite lihat jer semoga projek 2010 akan siap bukan senyap.

KUALA TERENGGANU – Projek Pembinaan Jalan dan Jambatan dari Kampung Jeram Tok Kong ke Bukit Guntong bernilai RM300 juta dianugerahkan kepada M.Hakujaya Sdn Bhd.
M.Hakujaya adalah dipercayai sebuah syarikat pembinaan milik Saiful Bahri Baharudin yang juga Ketua Pemuda Umno negeri Terengganu.

Maklumat yang dipaparkan dalam Direktori CIDB menyatakan M.Hakujaya Sdn Bhd beralamat di Wisma MZ Lot 1241, Gelugor Kedai, Kuala Terengganu.

Rekod perolehan projek-projek kerajaan menunjukkan betapa ‘kayanya’ Ketua Pemuda Umno Terengganu itu.

M.Hakujaya, syarikat pembinaan Gred G7 itu telah mendapat kontrak pembinaan sebanyak hampir RM200 juta sejak tahun 1997.

Yang terbaru, sebelum dianugerahkan Projek Jalan dan Jambatan Kampung Jeram Tok Kong ke Bukit Guntong, syarikat tersebut baru saja mendapat projek Pembangunan Projek Pendidikan Bg Sek. Keb. Kompleks Tembesu (24 Bilik Darjah), Mukim Kuala Nerus, Kuala Terengganu, yang bernilai RM23 juta pada 30 September, 2009

Dalam melaksanakan projek Pembinaan Jalan dan Jambatan dari Kampung Jeram Tok Kong ke Bukit Guntong MZ Hakujaya didakwa tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan penduduk dan pemilik yang terlibat

No comments: