Memang benar sebagai orang Islam di negara kita, kita mesti memandang berat kepada kes ini. Tapi kenapa bab perkataan 'Islam' beria-ia tapi kes murtad sejak 1990an diperjuangkan PAS (Masa tu Pakatan Rakyat belum ada lagi) dan banyak fakta murtad(penganut Islam yang keluar dari agama Islam) dijelaskan oleh Zulkifli Nordin seorang peguam yang gigih masa itu yang sekarang Ahli Parlimen Kulim.Malangnya dipandang sepi oleh pihak kerajaan ,malah dikatakan jangan dihebohkan sangat kunun nak jaga hati bangsa dan agama lain .
Segelintir NGO yang bersemangat semalam berdemo bersama pemuda UMNO juga nampak kebengongan bila perjuangan mereka tidak disertai ramai orang Islam dan cuba jadikan ahli Pakatan Rakyat yang Islam tidak sensitif.NGO dan Pemuda UMNO ini harus cermin diri mereka di mana pejuang Islam seperti Dato Firdaus , Mufti dan Ketua Pengarah JAKIM, JAIS yang wajar tonjolkan diri dalam demonstrasi tersebut agar rakyat Islam nampak benarkan kes ini berprofile tinggi? Kes arak dan judi juga menunjukkan Kerajaan ISLAM (BN) tidak serius menanganinya malah Menteri Kewangan baru tahun 2009 luluskan 4 lagi lesen judi.Dimanakah sensitiviti NGO & UMNO yang berdemonstrasi ini.
Pihak NGO tersebut dan pemuda UMNO yang bersemangat hangat-hangat taik ayam tersebut juga lupa atau buat-buat lupa bahawa siapa hakim yang mmerendah-rendahkan mengadili di Mahkamah tinggi tersebut?Mereka ini orang Islam ke? Siapa yang merendah-rendahkan Mahkamah Syariah ?
Siapakah yang mmperlekehkan hukum hudud ? Mereka hanya mengutuk Negeri Kelantan kerana tidak dapat melaksanakan hudud yang sepatutnya NGO & pemuda UMNO yang berdemo semalam harus bersama-sama menjayakan hukum hudud sehingga dilaksanakan di Kelantan dan seterusnya seluruh negeri di dalam Malaysia.Selama ini UMNO dan NGO yang berfikiran dengan UMNO hanya memperlekehkan agama ISLAM mereka sendiri tanpa perasaan malu di mata bukan Islam.
Teman tertarik pendapat sahabat di http://ibnmustaffa.blogspot.com/2010/01/jika-kristian-mengaku-jesus-itu-rasul.html
Peguam Negara atau KDN perlu merayu ke Mahkamah Rayuan atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam. Hakim Lau Bee Lan memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah.
Ini bermakna, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut yang dikeluarkan KDN sebelum ini. Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri itu adalah 'tidak sah dan batal”. Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja.Hakim Lau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah'.
Keputusan Hakim Lau Bee Lan itu perlu dihormati, bagaimanapun masih ada ruang untuk membawa kes ini ke Mahkamah yang lebih tinggi. Kita bimbang, selepas ini orang bukan Islam boleh sewenang-wenangnya menggunakan ayat Quran atau mempersendakan ayat suci ini di tempat-tempat lain. Rayuan di Mahkamah Rayuan sangat penting, kita serahkah kepada Peguam Negara mencari keadilan demi kepentingan semua pihak. Kes ini saya rasa lebih serius daripada kes permohonan Lina Joy sebelum ini.
UMNO jangan berlakun pada rakyat Islam di Malaysia, keputusan Mahkamah Tinggi tersebut adalah tidak menjadi kudis bagi mereka kerana mereka ada talian hayat iaitu Mahkamah Rayuan.Tidakkah selama ini keputusan Mahkamah Tinggi tentang siapa MB Perak sebenar menjadi terbalik bila dibawa ke Mahkamah Rayuan? Dan banyak lagi Mahkamah Rayuan beri keputusan berpusing 360 darjah pada pandangan rakyat yang kureng faham dengan perundangan.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
assalamualaikum
Akhirnya mahkamah tinggi telah membenarkan gereja katholik dapat menggunakan perkataan Allah,ini bermakna penganut-penganut agama kristian boleh menggunakan nama Allah didalam gereja mereka dan meletakkan nama allah didalam mana-mana kitab atau buku-buku yang berkaitan dengan keagamaan mereka.Apakah implikasinya kepada umat Islam dan agamanya.Bagi saya tiada apa-apa implikasinya yang boleh mempengaruhi umat Islam dan agamanya khususnya diMalaysia.Kerana asas kepada pembelajaran tauhid(Islam) ialah pengenalan kepada tuhan.Sebagaimana yang kita dapati dalam surah Allkhlas ayat 1 hingga 4.Ayat 1 firmannya katalah(wahai Muhanmad):(tuhanku)Allah tuhan yang maha esa.Surah ini diturun dikota Mekah,pada waktu itu banyak kalangan penduduknya kafir dan menyembah berhala tiada kenal tuhan.Rasullah telah membawa pengenalan allah dan zatnya melalui surah ini kepada penduduk arab jahilliyyah untuk menerima Allah dan sifatnya(zat) dan menolak tuhan-tuhan mereka yang mempunyai pelbagai mana dan berbentuk mengikut selera pembuatan mereka.Ini asas penerimaan islam untuk yang bukan islam walupun lidah mereka mulai menyebut Allah dimana-mana sudut dan keadaan.Penekanan seterusnya disampaikan oleh rasullah dari ayat kedua hinggalah ayat keempat berkumandang bertubi-tubi menyerapi senario iklim pendengaran dan hati penduduk Mekah sehingga mengakibat kedatangan penduduk-penduduk Mekah arab jahillyah kepada nabi dan memeluk Islam.Sehinggalah nama Allah mengambil alih nama ketuhanan memadam nama-nama yang tak selayaknya dikeluarkan oleh penduduk arab jahilliyah ketika Islam menang secara total dan menawan Mekah serta berkembang diserata pelusuk dunia sehingga kehari ini.Kita bangga manusia, baik yang Islam dan bukan Islam menyebut Allah kerana Allahlah(antara 99namatuhan-asmahulusna)yang sebenar nama tuhan manusia dan mahkluq yang ada dibumi dan dilangit.Hikmahnya bagi umat Islam dimalaysia adalah perlu memperlipatkali gandakan usaha-usaha dakwah baik atas nama parti politik,jemaah, persatuan,kelab atau sebagainya mendampingi,menyampai,menerangkan risalah Islam dari masakemasa kepada umat bukan Islam dimalaysia dengan pelbagai kaedah dan pendekatan mengenai umpamanya siapakah Allah sebenarnya,yang mana ajaran diterimanya,soal hidup dan mati,nabi-nabinya dan seterunya berdasarkan Alquran dan sunnah(hadis).Andaikata rakyat malaysia khusus bukan Islam menerima Allah kepada pengenalan tuhan,maka ini adalah advantage umat Islam diMalaysia bangun jihad berdakwah mendekatkan(menyampaikan isi kandungan) Alquran kepada mereka,kerana dalam alquranlah amat banyak sekali menyebut nama Allah dan logiknya jika dibanding dengan kitab-kitab agama Kristian .Umat Islam Malaysia mestilah berjiwa besar dan sanggup berhadapan suasana apa yang diputuskan oleh mahkamah tinggi itu.Kerana itu bola tanggung yang perlu diterjah atau dismahs digelanggang lawan.
Post a Comment