
Komen : Ini bukan masalah orang tak percaya tapi orang takut nak dekat pasal darah hidup keluar .Adakah ini tanda-tanda hari kiamat.Subhanallah!
LUCKNOW: Seorang budak sekolah mengalami penyakit ganjil apabila mengeluarkan air mata darah sehingga 50 kali sehari, menyebabkan ramai kawan memulaukannya.
Twinkle Dwivedi, 14, berkata kadang-kadang seluruh tubuhnya turut bermandikan darah yang keluar dari matanya itu.
Setakat ini pakar perubatan gagal menjelaskan mengapa Twinkle (gambar) mengalami masalah itu.
Selain mata, darah turut keluar dari kakinya.
Keganjilan Twinkle mula terjadi tiga tahun lalu apabila dia berusia 11 tahun.
Kata Twinkle, dia amat takut walaupun tidak mengalami kesakitan ketika darah itu keluar dari tubuhnya.
"Bagi kawan-kawan, apa yang berlaku pada saya menjijikkan," katanya.
Kadang-kadang, kata Twinkle, pakaian sekolahnya lencun dengan cecair merah itu dan tiada siapa mahu menghampirinya.
No comments:
Post a Comment