Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, January 11, 2010

FOTO KENANGAN DEMO MESIR BONEKA ISRAEL !




Kuala Lumpur: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) bersama kepimpinan dewan pemuda PAS di semua peringkat termasuk kepimpinan tertinggi PAS dan muslimat juga rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, perwakilan pelajar serta NGO telah mengadakan perhimpunan secara aman dan serahan memorandum di depan Kedutaan Mesir pada 08-01-2010 (Jumaat).
Perhimpunan membantah sikap kerajaan Mesir yang telah menghalang konvoi bantuan kemanusiaan ke Palestin (Gaza). Tindakan kerajaan Mesir tersebut (yang mengaku kerajaan Islam) seolah-olah menjadi boneka dan 'pak turut' kepada Yahudi/Zionis LAKNATULLAH !
Perhimpunan bermula selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tabung Haji dan diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi).
Lebih 1,000 orang telah menyertai perhimpunan tersebut dengan berjalan kaki dari Masjid Tabung Haji menuju ke Kedutaan Mesir yang jaraknya tidak kurang 10 kilometer.
Kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menyampaikan pidato bagi membangkitkan lagi semangat kepada para peserta himpunan.
Antara kepimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat yang turut serta adalah YB Salahuddin Ayub, YB Dr. Dzulkefli Ahmad, Ustaz Idris Ahmad, Hanipa Maidin, Ustaz Azman Shapawi, Sabki Yusuf, Ustaz Riduan Mohd Nor, Tuan Hj Mohd Noor Mohamad, Iskandar Mat Akin, Khairul Anuar (Jonah) dan Ustazah Nuridah Salleh (Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat).
Perhimpunan bersurai pada pukul 3.30 petang dengan di akhiri bacaan doa dan qunut nazilah oleh Ustaz Azman Shapawi (Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat)

3 comments:

zul_neem said...

assalamualaikum

l love you all.Allahuakbar,Allahuakbar,Allhaukbar

Anonymous said...

Ada situs penghinaan terhadap Islam..
http://beritamuslim.wordpress.com/
dan saya harap dilaporkan pada pihak penglola wordpress dengan cara klik
http://en.wordpress.com/report-spam/
Your Email : email anda
Blog URL : isi dengan
http://beritamuslim.wordpress.com/
Why : isi dengan --> BLOG SPAMMING and that blog was insulting religion, abusing.
Semoga semakin banyak yang melapor semakin cepat blognya ditutup.
Tolong sebarkan!!

Anonymous said...

Syabas DPP...pada kalian kami letak harapan untuk memikul tugas berat membela anak bangsa dan Islam di bumi Malaysia dan seluruh dunia. Hanya iringan doa kami bersama kalian