Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, January 3, 2010

DASYATNYA SYED ALI , KALAU PAKATAN RAKYAT DAH DICOP MENGHINA MAHKAMAH


Inilah tulisan dari blog UMNO Cheras yang dengan gopoh tanpa mendengar nasihat Tan Sri Rais Yatim yang meminta semua pihak bertenang dan serahkan pada proses undang-undang dan percayalah Mahkamah Rayuan ada apanak takut.Nanti dengan keadaan demo NGO & Pemuda UMNO yang tak seberapa itu serta tak tentu hala ini akan merosakkan keharmonian hidup di Malaysia ini.Ketua Bahagian UMNO Cheras ini lantang mahu Hakim meluluskan penggunaan perkataan 'ALLAH' boleh dipecat.

KERAJAAN mempunyai kuasa untuk memecat atau mengambil tindakan undang-undang terhadap hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang secara jelas menghina agama Islam dan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama sepertimana tercatat dalam Perlembagaan Negara.
“Kalau haklim tersebut mempunyai niat tidak baik dan prejudis kepada kesucian agama Islam, maka saya desak kerajaan supaya mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau,” tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.
Menurutnya, tidak ada mana-mana pihak yang dikecualikan daripada tindakan undang-undang jika dengan sengaja menghina, mencabuli dan mempertikaikan kedudukan agama Islam.
Beliau mengingatkan negara ini adalah milik pribumi Melayu dan umat Islam sepertimana telah diterima pakai sejak merdeka, oleh itu jangan ada mana-mana pihak yang cuba berniat jahat dan mencabar kemuliaan agama Islam.
“Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu juga dilihat seperti sengaja menghina dan menjatuhkan martabat institusi kesultanan Raja-Raja Melayu,” tambahnya.
Serentak itu, beliau mendesak kerajaan mengambil tindakan sewajarnya ke atas hakim Mahkamah Tingi Kuala Lumpur yang telah membenarkan pengunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan minguan Herald-The Catholic Weekly.
“Perkataan Allah adalah satu kalimah suci dan agung bagi umat Islam dan tidak wajar mana-mana pihak menyamakannya dengan agama lain,” tegasnya.
Katanya, jika kerajaan mempunyai kuasa melantik mana-mana hakim, maka kerajaan juga masih mempunyai hak untuk memecat atau menahan hakim yang didapati mencemarkan agama Islam di negara ini.
“Hakim juga adalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada kesilapan dan mereka tiada kekebalan, maka hakim berkenaan harus dikenakan tindakan setimpal dengan keputusan atau perbuatan yang dilakukan,” ujarnya.
Dalam hubungan ini, Syed Ali kecewa kerana penghakiman kes tersebut dikendalikan oleh hakim bukan Islam sedangkan isu itu membabitkan maruah dan kesucian agama Islam.
“Kemana perginya hakim daripada kalangan orang Melayu beragama Islam, apakah mereka tidak senstif dengan isu berkenan,?
“Akibat keputusan yang menghina, mengaib dan mencerca kesucian agama Islam, pelbagai pihak telah mengadakan perhimpun membantah keputusan tersebut,” katanya.
Beliau khuatir umat Islam di negara ini akan bangkit meluahkan penentangan secara terbuka dan situasi itu boleh mengundang perkara yang tidak diingin.
“Kerjaan perlu segera bertindak dan sensitif dengan isu ini, jangan apabila perkara buruk telah berlaku barulah kerajaan akan mengambil tindakan," tegasnya.
Sambil menyifatkan keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai sengaja mencabuli Perlembagaan Persekutuan yang termaktub Islam sebagai agama rasmi, Syed Ali menambah keputusan itu benar-benar menguji tahap kesabaran umat Islam.
Beliau yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan turut mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mencari jalan penyelesaian segera berhubung isu yang telah membangkitkan kemarahan umat Islam.
“Saya syorkan Majlis Fatwa Kebangsaan membawa kes ini ke Mesyuarat Raja-Raja Melayu kerana isu tersebut amat menghina dan mengaibkan kesucian agama Islam dan seluruh orang Melayu di negara ini,” tegasnya lagi.
Kelmarin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan pengunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan minguan Herald-The Catholic Weekly yang mengakibatkan pelbagai pihak membantah keputusan tersebut.

1 comment:

Anonymous said...

tidak ku jadikan jin dan maknusia melainkan memperhambakan diri kepada KU.
jadi Allah itu untuk semua.
kalau Allah kehendaki tidak ada sesuatu dapat menghalang.
kalau makhluk baik islam atau tidak harus tunduk kepada Allah.