Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, January 11, 2010

CCTV SEGERA DI PASANG DI GEREJA DAN MASJID ! KEMBALI KEPADA ISU GULA,TOL,KERAJAAN PERAK & ROYALTI MINYAK KELANTAN !

Sebuah lagi gereja, kali ini di Seremban, mengalami kesan terbakar pada pintunya, dan dipercayai dibakar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Setakat ini polis sedang menjalankan siasatan di gereja Sidang Injil Borneo berhubung kejadian itu, difahamkan terjadi beberapa jam lalu.
Kejadian pertama itu, di Negeri Sembilan, mendapat perhatian luar biasa susulan beberapa insiden serangan terhadap rumah ibadat Kristian sejak serangan Jumaat lalu yang menghanguskan Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati (foto).
Sebelum kejadian terbaru ini, tujuh buah gereja menjadi sasaran cubaan membakar dan vandalisme, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam. - mkini

Komen Teman :
Dalam keriuhan dan hura-hara kes gereja diserang maka elok benar Menteri Dalam Negeri menyelesaikannya.Sebab Menteri Dalam Negeri berurusan di mahkamah hingga orang besar tertidur atau tak faham bahasa Inggeris atau tak faham bahsa Melayu bila Hakimya dan peguam dan pendakwa beri hujjah dan sampai Hakim yang bukan Islam memberi keputusan.
Pihak Menteri Dalam negeri kena keras skit bukan keras pada ISA dan pendemo dari Pakatan Rakyat jer , Polis harus digerkkan dan arah Gereja dan Masjid memasang CCTV dan sediakan pegawai keselamat atau sekuriti bagi mengelakkan serangan gila tersebut.Ada RELA dan Rukuntetangga gunakanlah.
Jangan sampai kes seorang budak OKU ditembak Polis di Perlis tu punyalah ramai polis tapi hampeh .Budaktu cuma pakai pisau itupun tangan bergari semasa ditembak.Kunun nak tembak kaki kena dada.Adakah ramai pilis boroi nak guna silat,kuntau atau takewando pun hilang ilmu langsung.

Dah setel semua ini, marilah rakyat Malaysia tumpukan isu yang harus diperjuangkan seperti harga gula yang naik tanpa alasan kukuh, tol kunun nak dikaji kurang tapi tempoh dipanjangkan agar kalau Malaysia diperintah Pakatan Rakyat maka mereka ada kerja kutip tol.Isu Royalti Minyak harus diketengahkan dan dedemokan dan ellakkan dibawa ke mahkamah kerana tektik UMNO kalau masuk mahkamah maka terperaplah keputusannya.Isu yuran sekolah dan Isu kerajaan Perak harus dibubarkan.

1 comment:

zul_neem said...

Assalamualaikum

Tag team yang terbaik diMalaysia ialah Menteri Pertahanan dan Menteri dalam negeri jika mereka memasuki WWF(world wrestling federation) lawan dengan tagteam dalam kumpulan itu,kemungkinan besar mereka boleh menang dengan syarat menang ikut pintu belakang.Keadaan yang berlaku dan terkini letup sana letup sini di negara kita dimana mangsa nya ialah gereja tempat ibadat agama kristian.Telah membawa isu yang berkaitan dengan penggunaan nama Allah bagi pihak yang menang didalam makamah tinggi baru-baru ini.Suasana ini sungguh menyedihkan didalam negara yang diisytihar oleh UMNO sebagai negara Islam dan pelbagai motto dan slogan Islam telah dikumandang dan disyiarkan didada akhbar-akhbar perdana dan media letronik.Kenampakkan dan roh semangat negara Islam UMNO ini begitu longgar dan lemah didalam memenangi isu ini serta laluan-laluan kepintu penyelesaian masih lagi samar.Dengan bantuan dari tag team pakatan rakyat ditunjangi oleh dua tok guru (Mursyidul am dan Presiden pas)telah berjaya menenangkan keadaan dan menumpas secara body slam keatas pihak yang bercita-cita merosak Islam dan umatnya dinegara kita.Isu ini dan kes ini adalah didalam scop of work menteri dalam negeri dan beliau mesti menggunakan kepandai dan kepakaran untuk menyelesaikan dengan pantas lagi segera.Kerahkan pihak keselamatan seperti Polis untuk membuat pemantauan dari masa kemasa dengan menggunakan strategi dan pemakaian peralatan canggih untuk menggagalkan perancangan pengecut ini dan menangkap mereka serta dihadapkan kemahkamah.Harap maklum menteri dalam negeri ye....