Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, January 16, 2010

BERITA DASYAT MUNGKIN DAH BASI TAPI KESAN SAMPAI KITA MATI

Berita yang cuba disorokkan oleh Kerajaan BN yang dikeluarkan oleh UBS Switzerland (memang tiada tersiar di dalam media perdana) ;
Kumpulan perkhidmatan kewangan antarabangsa, UBS Invesment Research yang berpengkalan di Switzerland menyenaraikan Malaysia sebagai negara yang mengalami penurunan rizab antarabangsa paling teruk dalam masa 12 bulan lalu di rantau Asia.
Laporan dari syarikat berprestij itu memperincikan kewangan Malaysia jatuh menjunam berikutan pengaliran keluar modal asing secara drastik.
Merujuk laporan UBS pengaliran modal dari Malaysia memuncak hampir 50 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar bersamaan RM355 bilion pada kiraan nilai semasa.
Malaysia hanya mencatatkan pelaburan asing sebanyak RM4.2 bilion bagi tempoh Januari hingga Mei 2009 berbanding RM46 bilion bagi tahun 2008.
Berbanding negera China, Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Thailand yang mencatat peningkatan simpanan antarabangsa dalam tempoh 12 bulan. Namun apa yang mengerikan rizab Malaysia hampir pupus sama sekali.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata beliau dimaklumkan ada usaha untuk menyembunyikan laporan UBS Investment itu daripada pengetahuan umum.
Menurut beliau, kerajaan Umno-Barisan Nasional harus lebih berani mendedahkan keadaan sebenar ekonomi negara.
“Kita suatu masa dahulu berkedudukan tinggi. kita lebih tinggi dari Taiwan dan Indonesia. Tapi kini kita merudum jatuh sehingga sama taraf dengan dengan yang tidak dikenali. Ini membimbangkan.
"Daripada kita terus tidak mengaku tentang pendedahan laporan ini, lebih baik kita berusaha pulihkan keyakinan dengan meyakinkan mereka yang kita laksanakan langkah lain untuk pulihkan keadaan. Aktiviti menafikan- menafikan tidak membawa apa- apa makna malah lebih banyak kecuaian akan terdedah sebaliknya. Agensi- agensi ini akan terus buat kajian untuk memastikan para pelabur melabur ditempat yang betul,” katanya.
oleh zeanaaima mohd yusof
sumber : www.tvselangor.com

Memang benar komen Monalizamuslim tentang Malaysia boleh jadi bankrap jika pemimpin UMNO terus memerintah, ramai orang takpercaya sebab kita orang pembangkang yang hanya tahu burukkan pimpinan UMNO. Inilah masalahnya bila masih ramai lagi rakyat dalam negara ini berpegang kepada fahaman khurafat "Hanya UMNO Yang Pandai Memerintah".
Ini bukan masalah kita orang pembangkang ke atau orang atas pagar ke atau orang bawah pagar ke. Ini adalah masalah kita bersama. Kalau negara ini bankrap, sapa yang susah ? Kita juga.... Di pihak pemimpin UMNO dan BN mereka apa peduli samada negara ni nak bankrap ke atau terlungkup ke sebab harta kekayaan mereka dah berlonggok. Mereka mampu tinggal di mana-mana negara yang mereka suka dengan segala kekayaan yang dimiliki hasil rompakan wang rakyat.
Tahniahlah diucapkan kepada para penyokong dan pengundi UBN ...... Anda semua merupakan antara rakyat yang paling cerdik di dunia kerana memilih pemimpin yang bijak menjadikan negara ini muflis...

1 comment:

zul_neem said...

Assalamualaikum

Kesan dari pengaliran keluar modal pelabur asing dari negara kita yang tersiar didalam UBS Invesment Research diSwitzerland adalah satu cerita buruk bagi ekonomi makro negara kita kerana ia boleh mendatang impak yang besar antaranya kepada pendapatan negara,mewujudkan inflasi,menurunkan kadar pertumbuhan ekonomi,kadar penganguran dan daya kekuatan pembayaran negara(internasional).Pengawalan dan usaha-usaha untuk mengurangkan atau menyekat dari pengaliran modal ini perlulah dibuat oleh kerajaan 1malaysia(BN) dengan segera.Jika tidak atau buat-buat tak tahu atau jangan perduli apa yang disiarkan oleh agensi tadi boleh membawa kepada keparahan ekonomi negara kita.Semuanya boleh diatasi didalam bentuk kestabilan, baik ekonomi makro dan mikro,penggalakan pelabur asing,kestabilan politik dan keamanan negara adalah datang dari pemerintah yang kuat dan mendapat sokongan padu dari rakyat.Pakatan rakyat adalah satu front yang berwibawa dan kadar sokongan dari rakyat makin meningkat dan bersedia merintah negara dan sekaligus dapat mengatasi masalah yang besar tadi.Mengapa lambat sangat tarikh PRU13 itu ye