Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, December 20, 2009

UMNO PP DAH TERSEPIT SANGGUP MENGUNGKIT


Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menolak permintaan pemimpin Umno negeri supaya jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang kini dipegang oleh Gerakan, diserahkan kepada parti berkenaan.
Koh, yang juga Pengerusi BN Pulau Pinang berkata jawatan itu disandang oleh para pemimpin Gerakan selama lebih 35 tahun.
"Jadi kenapa perlu kita membangkitkannya semula apabila amat jelas bahawa apa jua perubahan tidak akan dipersetujui oleh Gerakan," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan Kem Latihan Kepimpinan Remaja Pulau Pinang di sini semalam.
Koh mengulas gesaan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa jawatan Pengerusi BN Negeri perlu diserahkan kepada pemimpin Umno memandangkan hanya wakil Umno yang memenangi semua kerusi yang dikuasai BN di negeri itu pada pilihan raya umum lepas.
Bagaimanapun, Koh berkata Gerakan telah pun menyandang jawatan itu sejak sekian lama dan parti itu akan membantah sebarang cadangan untuk melakukan perubahan.
"Aturan berhubung jawatan Pengerusi diperakukan sekali lagi pada pertengahan tahun ini oleh Dewan Tertinggi BN dan perkara ini tidak seharusnya dibangkitkan lagi," katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut menggesa para pemimpin Umno supaya tidak membangkitkan lagi isu itu memandangkan ia mungkin merosakkan imej BN dan Umno.

No comments: