Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, December 4, 2009

ULANGTAHUN 1BULAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN TENGGELAM PUNCA TANPA BERITA

Rakyat Perak khasnya dan rakyat Malaysia umumnya tidak terfikir Mahkamah Persekutuan akan menangguhkan keputusan kes penentuan MB Perak yang sah sebegitu lama. Kesan dari penangguhan takk wajar itu cukup besar pada rakyat Perak , pada kualiti undang-undang dan Malaysia secara internasionalnya.
Apatah lagi diandaikan keputusan yang salah akan berlaku. Kerajaan tempat lahir teman iaitu Negeri Perak sekarang ini umpama kapal 2 nakhoda yang terumbang ambing di lautan di mana selagi MB yang sah belum diputuskan. Pelabur2 susah nak membuat keputusan untuk melabur di negeri Perak ini. Rakyat Perak akan menerima dan telahpun diterima kesan dan tempiasnya.
hari ini 4 Disember cukup sebulan sejak 5 November kununnya Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan mengenai siapa MB Perak yang sah di tangguhkan? Malah tarikh pun tidak dapat diberitahu dan ditetapkan oleh hakim.
Ingatlah Hakim yang beragama Islam, sebelah kaki kamu ke arah ketidakadilan maka masuk nerakalah kamu.

No comments: