Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, December 19, 2009

TAMAN MEDAN JADI MEDAN POLIS SEKEJAP UNTUK TOLAK BALA ?

PM & Rosmah kata persetankan tuduhan liar atas mereka tetapi tangan belakang seolah mengarah polis melakukan tindakan liar ? Takut tak takut atas ketakutan pendedahan Bala , membawa kepada kejadian yang berlaku di Dewan MBPJ Taman Sri Manja, Petaling Jaya malam tadi. Beratus anggota polis "menggempur" dewan tersebut semata-mata untuk menghalang orang ramai dari mendengar penerangan tentang kes perbicaraan Anwar Ibrahim.
Butiran lanjut -Jam 08.31 malam - Fru dan polis mengepung Kawasan Taman Medan , daripada maklumat
penduduk 2 Trak Fru , 3 Trak polis , 7 Unit motosikal Ronda (Scramble) , 2 Van SB dan hampir 200 orang polis.imana satu fohampir 5 Roadblock di sekitar kawasan.Mereka juga mengepung Dewan Sri Manja satu forum penerangan oleh AMK akan diadakan berkaitan maklumat terkini kes liwat Dato' Seri Anwar.Diantara dijangka hadir ialah Sdr.Shamsul & Lathefa koya.Maklumat terkini akan menyusul.

Jam 10.45 malam - polis menutup pintu pagar dewan dengan menghalang orang ramai untuk masuk.unit Fru sedang bersiap sedia.Amaran bersurai telah dikeluarkan.
Malah, salah seorang pemimpin PKR iaitu Khairul Anwar (Jonah) telah ditahan polis kerana mengedarkan risalah tentang kes Anwar ini. Difahamkan beliau akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk membolehkan tahanan reman dibuat terhadap dirinya. Apa yang jelas dapat dilihat oleh rakyat ialah betapa takutnya pihak terbabit dengan "kebenaran" yang mahu diberikan. Biarpun Anwar yang belum terbukti bersalah, malah kesnya juga yang dilihat bercelaru itu dibicarakan tetapi kerajaan UMNO dan BN pimpinan Najib Razak mahu rakyat percaya bahawa Anwar memang sudah bersalah dan "kaki liwat". Ini jelas berjaya ditanamkan kepada puak-puak UMNO dan BN, tetapi tidak buat rakyat keseluruhannya. Dalam masa yang sama juga, mereka mahu rakyat percaya bahawa Najib Razak dan Rosmah Mansor memang tidak terlibat dengan kes pembunuhan Altantunya Shariibuu itu sebenarnya.

No comments: