Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, December 25, 2009

TAK SEPERTI ORANG BUKIT BERUNTUNG ,UNTUNG LAGI RAKYAT ROMPIN DAPAT GUNA SKYPE !


ROMPIN 16 Dis. - Dunia tanpa sempadan. Itulah yang dibuktikan oleh Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis untuk sentiasa berada dekat bersama rakyatnya di Rompin apabila merasmikan satu program di sini hari ini secara langsung dari Amerika Syarikat (AS) menerusi satu persidangan video.

Betulke rakyat Rompin beruntung dapat ahli Parlimen duta Amerika Syarikat ? Walau jauh beribu-ribu batu rakyat dapat mengadu dan bercakap melalui skrin antara rakyat dengan Dato Jamaludin Jarjis Ahli PArlimen Rompin yang juga telah dilantik sebagai Duta Malaysia yang bertugas di Amerika Syarikat.Agaknya banyaklah masalah rakyat dapat diselesaikan kut?
Program Literasi Undang-Undang Etnik Minoriti yang diadakan di Dewan Jubli Perak Majlis Daerah Rompin dirasmikan Jamaluddin melalui sidang video yang dipancarkan di hadapan lebih 300 penduduk Orang Asli sekitar Rompin, yang berlangsung selama 10 minit.
Dalam sidang video berkenaan, Duta Besar Malaysia ke Amerika berkata beliau berada di Washington dan keadaan di sana pada masa itu hujan dan pukul 10 malam.

"Saya sekarang berada di Washington DC, Amerika di mana Presiden Barrack Obama tinggal dan di sini pada masa ini adalah malam serta hujan, tidak seperti di Rompin yang ketika ini pagi dan cuacanya cerah,” katanya.
Mengenai majlis berkenaan, beliau berterima kasih kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kerana memilih Rompin untuk mengadakan program itu.

No comments: