Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Wednesday, December 30, 2009
SYARIKAT MALAYSIA GUNA TONGKAT MENJELANG 2010 ?
Dulu ada Syarikat PUAS Selangor bernaung di bawah PUNCAK NIAGA.Bila banyak komplen sebab pengurusan teruk tup=tup tutup PUAS dan ditukarnama jer sebagai SYABAS.Itupun masih bawah PUNCAK NIAGA.
Lepas tu ada Lembaga Beras Nasional (LPN) dan diswastakan jadi BERNAS .Tiba-tiba kecoh saham terbanyak dikuasai syarikat dari Hong Kong.Dah panas telinga dan panas punggung sekarang Bernas di bawah Syarikat Tradewind pulak .Kenapa BERNAS tidak boleh bergerak dan berfungsi dengan diri sendiri?Kenapa ada Syarikat besar yang mengongkong dan mengawal tindak-tanduknya.
Kini syarikat CELCOM pula tiba-tiba semalam telah bertukar nama dari CELCOM kepada CELCOM AXIATA Bhd. APAKAH yang berlaku di dalam pengurusan CELCOM.Dah tentu ada jawapan canggih jika rakyat bertanya ataupun disoal para wartawan.
Celcom (Malaysia) Bhd dengan secara rasminya telah mengumumkan pertukaran nama syarikat kepada Celcom Axiata Bhd.
Nama baru itu berkuat kuasa Isnin, katanya dalam satu kenyataan di sini.
"Pertukaran itu sejajar dengan strategi penjenamaan Kumpulan Axiata untuk mengguna sepenuhnya pengaruh dan kedudukan Celcom sebagai sebahagian daripada syarikat telekomunikasi serantau. Ia juga sebagai mencerminkan identiti dan kekuatan syarikat tempatan dan mengukuhkan tapak Kumpulan Axiata di rantau ini," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan, perubahan itu juga sejajar dengan anak syarikat Axiata yang lain.
Axiata merupakan syarikat induk Celcom Axiata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
assalamualaikum
Dengan slogan Advancing Asia oleh Axiata group berhad yang dahulunya dikenali TM International (TMl)dapat diteruskan lagi oleh Celcom Axiata dengan capacity yang kukuh demi pehubungan antara negara dan rakyat untuk penyambung siratulrahim dan intergrasi maklumat dengan teknologi terkini.Cabangnya yang berada Indonesia,Srilangka,Bangladesh,Cambodia,India dan Singapore boleh meluaskan daya perhubungan rakyat malaysia dengan dunia luar secara efisen dan pantas berbanding dengan kos penggunaan yang ditetapkan.Dengan jumlah pengguna melebihi 90 juta dirantau asia diharapkan dapat terus berkembang dan maju berdaya saing dengan syarikat multiinternasional yang lain demi menaikkan imej negara umat Islam Malaysia.Diharapkan CelcomAxiata dapat membawa perubahan telekomunakasi malaysia kearah the best in the world dengan slogan dan brand yang digunakan.Seperti syarikat Petronas.Moga-moga dan harap sangat kekuatan Internat dan standardnya di Malaysia dapat dipertingkatkan dan menyelesaikan masalah tentangnya yang ditimbul oleh PM diParlimen baru-baru ini.Tapi ingat jauhkan diri dari ahli-ahli politik dan politiknya demi kejayaan kamu.
Post a Comment