Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, December 5, 2009

SIASATAN SKANDAL PKFZ TUGAS BERAT UNTUK KETUA PENGARAH SPRM BARU


SKANDAL TERBESAR PUAK UMNO & MCA
Berikut adalah carta yang jelas menunjukkan bahawa projek PKFZ adalah bermotifkan politik yang dirancang dengan begitu teliti oleh UMNO/BARISAN NASIONAL. Pihak SPRM mengetahui bahawa perjalanan projek ini lebih kepada kepentingan pihak-pihak yang tertentu (personal interest), yang mana UMNO juga terlibat dengan penyelewengan jumlah dana yang bernilai berbilion ringgit. Nama-nama perseorangan yang terlibat dengan syarikat-syarikat yang mereka wakili jelas menunjukkan mungkin lebih ramai lagi yang terlibat dan juga mungkin ada dikalangan pemimpin-pemimpin yang menjadi dalang. Mana mungkin pihak SPRM tidak tahu perkara sebenarnya yang berlaku. Atau mungkin pihak SPRM di bawah kuasa UMNO/BN diarah supaya tidak mengambil berat mengenai penyiasatan projek PKFZ dan dibiarkan begitu sahaja disebabkan mereka yang di belakang tabir mempunyai pengaruh yang kuat. Adalah dipercayai, bukan hanya individu-individu yang terlibat, akan tetapi parti-parti komponen Barisan Nasional juga bersama-sama bersubahat di dalam skandal yang terbesar di Negara kita yang tercinta ini. Wahai Rakyat Malaysia sekalian, adakah ini yang dinamakan pemerintah yang telus dan bersih, dan adakah kerajaan (kerajaan BN) ini harus disokong untuk terus menghabiskan wang rakyat?

No comments: