Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, December 26, 2009

SIAPA TALIBARUT AMERIKA SYARIKAT SEKARANG ? BN YANG ADA DUTA MERANGKAK SEBAGAI SEORANG AHLI PARLIMEN LAGI DI AS ATAU?

Fraterniti diplomatik dan misi antarabangsa Kerajaan Malaysia masih terkejut sebenarnya dengan tindakan Kerajaan melalui Wisma Putra memanggil balik Wakil Tetap Malaysia Ke Bangsa-Bangsa Bersatu di Vienna, Datuk Arshad Hussain atas sebab apa yang disifatkan sebagai kegagalan duta tersebut mematuhi arahan Kerajaan Malaysia supaya menyokong usul yang dibawa ke Lembaga Governor Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada 27hb November 2009 bagi mengutuk program tenaga nuklear Iran dan pada masa yang menuntut Iran supaya menghentikan serta merta projek pengkayaan uranium yang kedua yang dijalankan di Bandar Qom.

Maklumat dari Wisma Putra dan juga kalangan diplomat-diplomat berpengalaman serta penganalisis dasar luar Malaysia menyatakan bahawa dalam dunia diplomatik, tindakan sesebuah negara memanggil pulang dutanya atas sebab tidak berpuas hati di atas tindak tanduk seseorang duta, adalah suatu tindakan yang serius yang boleh membawa kepada tindakan disiplin dikenakan ke atas duta tersebut.

Menurut sumber, dalam sejarah diplomatik negara, perkara sebegini (memanggil duta balik bagi memberi penjelasan) tidak pernah berlaku sebelum ini (unprecedented) di zaman mana-mana Perdana Menteri sekalipun. Menteri Luar, Dato Anifah Aman menjelaskan kepada media dua minggu lepas bahawa tindakan memanggil Datuk Arshad Hussain adalah sekadar untuk proses konsultasi memandangkan tindakan Datuk Arshad Hussain, yang mengundi menentang usul tersebut yang jelas ditaja oleh Amerika Syarikat dan sekutu-kutunya, adalah "tidak selaras dengan prosedur Kerajaan".

Menurut laporan media sebelum ini, Malaysia adalah antara tiga negara yang menentang usul tersebut, yang asalnya dibawa oleh Jerman, iaitulah selain dari Cuba dan Venezuala. Lembaga Governor IAEA sebenarnya mengandungi 35 anggota, namun pada hari pengundian, 34 negara yang hadir.

Sebelum dari persidangan bermula, Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM) yang turut dianggota Malaysia telah pun membincangkan di peringkat kaukus tentang apakah pendirian NAM dalam menangani usul yang cukup serius yang membabitkan negara Iran yang berdepan dengan kegelojohan Amerika Syarikat. Kaukus NAM akhirnya telah mengambil keputusan untuk menentang usul tersebut.

Sebagai seorang duta yang bertanggungjawab, Datuk Arshad menurut maklumat telah pun menghubungi Wisma Putra dan mencadangkan supaya Malaysia mengambil sikap yang sama dengan pendirian NAM selaras dengan prinsip bahawa hak Iran untuk membangunkan tenaga nuklearnya bukan untuk tujuan keganasan perlu dihormati.
Akhbar The Star keluaran Khamis (24/12/2009) melalui ruangan kolumnya telah memuatkan pendedahan penting yang memberikan beberapa pertunjuk kenapakah Kerajaan Malaysia menjadi begitu gelabah hingga kelihatan begitu terdesak untuk mengambil tindakan ke atas dutanya sendiri.
Menurut kolumnis The Star tersebut, semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak singgah di Amerika pada November lalu, pegawai-pegawai kanan di dalam Kerajaan Amerika telah bersungguh-sungguh melobi kepada Najib supaya Malaysia menyokong usul tersebut. Dalam siri-siri pertemuan tersebut, Najib khabarnya memberitahu pihak Amerika bahawa Malaysia akan mempertimbangkan perkara tersebut.
Apa yang lebih mengejutkan ialah, sejurus selepas pengundian tersebut berakhir dan Malaysia telah diketahui di seluruh dunia sebagai antara anggota lembaga governor IAEA yang menentang usul ke atas Iran tersebut, Jabatan Negara Amerika telah menghantar satu bantahan terhadap Malaysia di atas tindakan Malaysia yang mengundi menentang usul tersebut.

Jika berdasarkan apa yang didedahkan oleh kolumnis The Star tersebut, tindakan Kerajaan Malaysia memanggil dutanya pulang bukanlah suatu yang mengejutkan. Bahkan ianya jelas membuktikan betapa 'patuh' dan takutnya Malaysia atas tekanan kecil yang diberikan oleh Amerika. Sudah tentu Kerajaan Malaysia mengandaikan tindakan menaggil pulang duta tersebut sebagai 'damage control' untuk menggembirakan hati Amerika dan sekutu rapatnya seperti Israel, Britain dan EU.

Bagi PAS, episod ini jelas menelanjangkan sikap sebenar Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh UMNO yang kononnya dalam negara begitu kuat mempertahankan maruah Islam dan Melayu hingga sanggup berani memijak kepala lembu, tetapi rupanya kecut dan terkucil bila disergah oleh Amerika hingga tidak mampu mempertahankan pendirian dan maruah negara.

Bagi kerajaan Malaysia, menjaga hati dan kepentingan Amerika dan Israel adalah lebih penting dari menjaga semangat perpaduan negara Islam dengan Iran atau menjaga sensitiviti rakyat Malaysia yang selama ini cukup kritikal terhadap hegemoni Amerika Syarikat di rantau Asia Barat. Pemimpin UMNO selepas ini tidak perlulah berteriak dan menjerit kononnya merekalah pembela bangsa, agama dan tanahair jika sekadar untuk mengundi dalam suatu persidangan antarabangsa pun Kerajaan Malaysia terpaksa menjadi kerbau dicucuk hidung oleh negara lain.

Kita menunggu dengan penuh minat, apakah tindakan yang bakal dikenakan ke atas Dato Arshad Hussain. Jika sekiranya beliau dihukum, maka Pemuda PAS dan rakyat Malaysia tidak akan berdiam diri. Kita akan berarak ke Wisma Putra dan menunjukkan kepada Amerika dan seluruh dunia bahawa rakyat Malaysia masih ada maruah dan tidak sanggup melacurkan diri semata-mata untuk kepuasan kuasa-kuasa Barat sebagaimana yang dilakukan oleh Kerajaan UMNO/BN.

Penulis adalah ketua, Unit Kajian dan Maklumbalas Isu Semasa, Dewan Pemuda PAS Pusat.

2 comments:

Penunggu DEGHOYAN Perak said...

Sabda MAHADEY : Malaysia dah busuk sampai ke USUS..

Malaysia busuk mula dari KEPALA..

Tafsiran : Segala BUSUK itu bermula dari yang BERKUASA iaitu PM dan Menteri2..dari BN Umngok..turun ke Ketua2 Pengarah Pecacai AWAM..

zul_neem said...

Assalamualaikum

Apa yang menarik sekali ialah Iran selepas berlakunya revolusi Iran pimpinan Imam Khomeni telah meletakkan negaranya menjadi kuasa tentera dan diplomatik yang kukuh diAsia timur dan dihormati oleh negara-negara asia tengah.Pembelenguan dan ancaman dari kuasa barat dan Amerika keatas ekonomi dan yang terbaru keatas program Nuklearnya tidak memberi kesan keatas kemajuan dan pembangunan negaranya.Mempamerkan jatidiri,pengantungan sumber-sumber asli dan memanafaat keilmuan dan kebolehan para ulamak dan cerdik pandai rakyat.Membuatkan musuh-musuh nya terpukau dengan kelicahan dan kemenangannya melepasi halangan demi halangan sehingga mereka akur dengan kehendak Iran serta mengiktiraf peranannya didalam penentuan keamanan dunia dan negara serantau dengannya.Apakah rahsianya disebalik kejayaan ini.Sudah pasti bagi saya Islamlah asas dan paksi bagi negaranya.Serta meletakkan harapan dan kebergantungan hanya pada Allah.Walaupun mereka majority fahaman Syiah tapi telah menunjuk contoh kepada negara-negara umat Islam fahaman sunnahwaljamaah supaya tidak tunduk dan patuh kepada sebarang tekanan terutama dari musuh Islam iatu Amerika dan sekutunya.Apa yang telah terjadi kepada negara kita Malaysia ini,sekiranya betullah, memanggil balik duta kita atas menentang usul tajaan Amerika itu satu kesalahan.Maka keputusan itu satu memalukan negara kita kepada negara-negara Islam yang lain terutama didalam pertubuhan OIC dan NAM.Kerana ini menampakkan negara kita akur dengan kehendak Amerika dan menampakkan tiada tahan kedaulatan negara dan kewibawaan pemimpin kita.Puncanya peminpim kita datangnya dari parti yang korup,pengecut,bacul dan tiada kebolehan diperingkat antarabangsa .