Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, December 24, 2009

SEWAJARNYA FATWA UCAP SELAMAT & MERAIKAN BUKAN AGAMA ISLAM SUDAH ADA ,TAPI APA UMNO/BN DAH BUAT ?




Sewajarnya & sepatutnyanya Mufti Malaysia dah sediakan panduan atau fatwa untuk pemimpin Islam dan rakyat Islam cara mengucapkan Selamat meraikan perayaan bagi yang bukan Islam.Bagaimana jika ada perlakuan yang dikecualikan untuk pemimpin negara atau rakyat bagaimana sepatutnya dah ada.Tapi hingga kini, kekeliruan dan kutukan dan teguran antara Pakatan Rakyat da barisan Nasional tidak kesudahan.Yang memrintah patutnyanya faham keperluan Fatwa yang menyeluruh.
UMNO/BN dah berapa lama memerintah 1 tahun ? 10 tahun ? lainlah kalau UMNO mengaku nak kira dari tarikh UMNO dihalalkan selepas diharamkan.
Fatwa seolah hanya untuk PR sahaja,apa yang dilakukan UBN halal belaka mungkin Mufti terlupa dengan firman ALLAH S.W.T:
'Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.'
(Al-Maaidah :8)
dan lupa tentang sabda Nabi S.A.W:
Jihad yang paling utama adalah mengucapkan kebenaran di hadapan penguasa zalim.
(HR Ibn Majah dan an-Nasa’i).

1 comment:

Pujangga Dacing said...

Pakai kain ambil galah
Mari tengok kayu bendul
PARTI lain semua salah
BN Umngok semuanya BETUL

Ayam denak mati tersedu
Sangkut benang dahan rumbia
Ular Mak BISU terkedu2
Takut hilang jawatan dunia