Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, December 2, 2009

SATU LAGI KEPUTUSAN YANG KALAU TAK BOCOR PUN RAKYAT DAH TAU


Komen Teman: Jangan putus asa wahai bekas Ketua Kg Pakatan Rakyat,kita teruskan usaha ikut undang-undang.Insyallah ada rezeki Perak akan dapat ditadbir semula oleh Pakatan Rakyat jika melalui undang-undang sebenarnya.
Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak dengan kos permohonan saman 817 bekas ketua kampung daripada Pakatan Rakyat (PR) terhadap kerajaan negeri Perak yang kini diterajui Barisan Nasional (BN) kerana menamatkan perkhidmatan mereka pada 16 April lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim berkata, ketua kampung bukanlah penjawat awam yang kekal dalam jawatan dan pelantikan mereka dibuat secara pentadbiran dan perhitungan politik oleh kerajaan negeri yang memerintah.
"Selaku penghubung antara kerajaan dan rakyat, individu yang dilantik sebagai ketua kampung perlulah selari dengan arus politik semasa.
"Apabila kerajaan negeri berubah polisi pun berubah. Ketua kampung baru berhak dipilih kerana faktor kesetiaan kepada kerajaan memerintah perlu diambil kira," katanya ketika membaca keputusan secara bertulis di sini semalam.
Ridwan berkata, walaupun watikah pelantikan ketua kampung yang disampaikan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada Julai 2008 berkuat kuasa selama dua tahun tetapi ia bersyarat.
Beliau berkata, pelantikan jawatan tersebut adalah atas budi bicara Menteri Besar Perak dan ketua kampung terlibat sedia maklum terma tersebut kerana Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pentadbiran), Datuk Mohd. Jamal Mahusin sebelum itu telah memberi taklimat kepada semua ketua kampung. - Kosm

No comments: