Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, December 24, 2009

RAKYAT MAHU TM KAJI TURUNKAN HARGA SERTA TINGKATKAN KELAJUAN & KEUPAYAAN BACA DAN MUATTURUN INTERNET

TM sedia kaji semula caj internet? Telekom Malaysia (TM) seperti TNB , CELCOM dan Syarikat Air asyik sibuk mengkaji caj, harga pada pengguna.Kenapa keupayaan dan peningkatan perkhidmatan tidak dicapai dan dimajukan? TM wajar kaji perkhidmatan berkabel yang sering diancam pencuri kabel sehingakan ramai pengguna telefon dan jalurlebar tergendala sehingga 3 bulan untuk dapatkan sevis normal.Dan kelajuan internet sering di bawah tahap sebenar yang ditawarkan.Ramai blogger yang masih menggunakan jalulebar TM kerana harga dan servis kabel tetap yang pada logiknya lebih stabil.FOMCA dan persatuan pengguna PP(CAP) harus memberi teguran dan tekanan agar hak pengguna dibela.

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia (TM) menerima baik cadangan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum untuk mengkaji semula kadar perkhidmatan internet supaya lebih murah berbanding sekarang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Zamzamzairani Mohd Isa, berkata pembekal perkhidmatan internet lain di negara ini harus bersedia untuk bekerjasama dengan pihak (SKMM) yang bertindak sebagai peneraju dalam penyediaan kertas kerja berkenaan.

Beliau berkata, cadangan itu harus dipandang secara positif dan perspektif yang menyeluruh untuk kebaikan industri jalur lebar di negara ini dan dengan adanya kertas kerja itu, kos sebenar yang kerap diperkatakan dapat diutarakan dengan lebih jelasdan berkesan.

"Dengan adanya elemen kos itu, TM berpendapat kerajaan dan industri dapat bekerjasama menyediakan jalan penyelesaian menyeluruh supaya kos yang ditampung industri, termasuk TM dapat dikurangkan sekali gus memberi kadar lebih murah kepada pengguna," katanya pada Berita Harian, semalam.

Zamzamzairani berkata, setakat ini perkhidmatan Internet Malaysia masih rendah berbanding Thailand dan Singapura.

Beliau berkata, sebagai contoh, pakej internet permulaan pada kelajuan 512 kilobait sesaat (kbps) yang dibekalkan penyedia perkhidmatan di Malaysia adalah RM66, manakala di Thailand adalah RM71 dan untuk pakej berkelajuan 3 megabait sesaat (mbps) di Singapura adalah RM82.

“Kadar bulanan untuk perkhidmatan jalur lebar berkelajuan 1 mbps pula adalah RM88 bagi Malaysia, RM102 di Thailand dan untuk 6 Mbps di Singapura pula adalah RM102,” katanya.

Beliau berkata, TM sentiasa memastikan infrastrukturnya dinaik taraf dari semasa ke semasa untuk membolehkan pengguna menikmati perkhidmatan internet yang lancar.

1 comment:

Rakyat Di TIPU sentiasa said...

Jangan haraplah..Pi Em PATONG geng mamak ni nak buat bangunan SERATUS TINGKAT wooooii..nak bagi ORANG KAYA bertambah kaya..orang MISKIN..dimampos mampos kan..dengan GST Gasak Semua Tempik..